SEREMBAN, 31 Ogos (Rabu)
- Seramai lebih 18,000 orang membanjiri Padang Majlis Perbandaran Seremban dalam sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2016 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban.

Berangkat menyaksikan majlis sambutan ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Baca selanjutnya...

SEREMBAN, 15 Jun (Rabu) - Seramai 6,495 orang penjawat awam di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan menerima imbuhan saguhati sebanyak RM500 seorang sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, pemberian bantuan khas yang keseluruhannya berjumlah RM3.9 juta ini akan dinikmati oleh penjawat awam yang bertaraf tetap, kontrak, sementara dan sambilan.

Baca selanjutnya...

Khidmat KliP Mobile di bawah NBOS peringkat Negeri Sembilan menarik minat dua wakil rakyat dari Gemas dan Gemencheh untuk datang meninjau kelangsungan program dan sekaligus berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan dan mata. Tinjauan Dato’ Abdul Razak AB. Said, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas dan Tuan Mohd Isam Haji Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh mendapati program yang diadakan ini begitu terkesan di hati masyarakat terutamanya yang di tinggal di kawasan luar bandar.

Baca selanjutnya...

SEREMBAN,15 Jun (Rabu) - Seramai 9 orang penjawat awam dari Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan menerima anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) yang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan di Wisma Negeri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Mat Ali bin Hassan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan), Puan Salinah binti Ismail.

Empat penerima anugerah adalah daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan iaitu Encik Nor Adzman bin Alias, Puan Masru binti Naim, Encik Rohaizat bin Abdul Razak dan Encik Jegan a/l Ramalingam.

Baca selanjutnya...

Program Mantai Perdana Diteruskan


Seremban, 3 Jun 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan bahawa Program Mantai Perdana akan diteruskan. Program ini membolehkan orang ramai membeli daging pada harga murah.

Baca selanjutnya...

Negeri Sembilan Rafak Sembah Takziah Kepada Kerabat Diraja Pahang


Seremban, 23 Mei 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Negeri Sembilan merafak sembah ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat kepada Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Tender T-SUKNS-BIl.3-2019baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Projek Peralihan Network Switch di Bangunan Wisma Negeri

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus