SEREMBAN, 13 Disember 2018 (Korporat SUKNS)
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin Harun telah menyempurnakan Pelancaran Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) di Royale Chulan, Seremban hari ini. MVV 2.0 merupakan inisiatif pembangunan awam-swasta yang dijangka menjadi metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih. Pembangunan MVV 2.0 berhasrat untuk menyampaikan impak ekonomi kepada Malaysia dengan membawa masuk pelaburan antarabangsa dan tempatan serta mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan. Pembangunan ini berkeluasan 379,087 ekar (153,411 hektar) tanah yang merangkumi daerah Seremban dan Port Dickson.

Pelancaran MVV 2.0 tersebut telah disaksikan oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, YB Zulkefly Mohamad Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dr.Razali Ab Malik, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dr. Mohamad Rafie Ab Malek dan Pengerusi Sime Darby Property Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Majlis itu juga menyaksikan pelancaran Rancangan Pembangunan Komprehensif (CDP) MVV 2.0 dan publisiti bagi Pelan Tempatan MVV. CDP bagi MVV 2.0 mentakrifkan rancangan pertumbuhan bagi kawasan pembangunan ini, yang juga memberi penumpuan kepada pembangunan pemangkin, faedah ekonomi serta sosial, aspirasi kelestarian dan alam sekitar. CDP tersebut juga mengutamakan pelbagai aspek ekonomi, alam sekitar dan pembangunan sosial dalam lingkungan kawasan pembangunan MVV 2.0.

Menteri Besar juga melancarkan publisiti untuk Pelan Tempatan MVV 2045, yang menetapkan penggunaan zon tanah dan inisiatif pembangunan bagi menggerakkan MVV 2.0 ke hadapan. Pelan ini juga merangkumi pelan tindakan bagi pemeliharaan alam sekitar serta peningkatan aksesibiliti, infrastruktur, kebolehhunian (liveability) dan pembangunan industry dalam wilayah pembangunan MVV 2.0.

Penyediaan rancangan bagi pembangunan MVV 2.0 adalah bersifat inklusif kerana memberi peluang kepada komuniti sekitar untuk memberi pandangan dan idea untuk perancangan keseluruhan kawasan ini. Rancangan pembangunan juga telah disusun semula untuk memberi penekanan kepada beberapa kluster utama yang mempromosikan pelaburan berteknologi tinggi selaras dengan aspirasi negara. Projek-projek yang dilaksanakan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan MVV 2.0. Perkara ini juga sejajar dengan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11, yang memberi penekanan kepada segmen industri berteknologi tinggi yang juga meliputi industri aeroangkasa.

MVV 2.0 mula melakar sejarah melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MOA) di antara kerajaan negeri dan MVV Holdings Sdn. Bhd. (MVVHSB). Pelaksanaan MOA itu bertujuan untuk menetapkandasar bagi kesinambungan peranan dan fungsi pemaju induk MVV 2.0 iaitu Sime Darby Property Berhad melalui anak syarikatnya MVVHSB, dan kerajaan negeri melalui Sekretariat MVV (MVVS), berhubung peringkat permulaan pembangunan.

Selaras dengan keutamaan kerajaan negeri, Sime Darby Property Berhad merancang untuk membangunkan taman berteknologi tinggi dan perindustrian yang merupakan ‘heartbeat project’ pertama dalam kalangan enam projek ‘heartbeat’ yang telah dikenal pasti dalam fasa pertama pembangunan yang bakal diaktifkan. Sime Darby Property memiliki 2,838 ekar tanah dalam linkungan MVV 2.0 dan mempunyai pilihan untuk memperoleh tambahan 8,796 ekar daripada Sime Darby Berhad dalam tempoh lima tahun dari tarikh penyenaraiannya. Fasa pertama MVV 2.0 menjangkau tempoh pembangunan selama 30 tahun dan meliputi 27,000 ekar.

Sementara itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyatakan Sime Darby Property Berhad akan melaksanakan projek ini sebagai pemaju induk, yang membolehkan syarikat memajukan dan meningkatkan nilai simpanan tanah dalam kawasan pembangunan. Sime Darby Property Berhad juga akan mengusahakan projek-projek utama yang bakal menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negara pada masa hadapan. Sime Darby Property Berhad turut memainkan peranan penting dalam MVV 2.0 dengan memberikan komitmen serta tumpuan utama terhadap pembangunan di Negeri Sembilan.

Berikutan MOA yang dimeterai, satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (Malaysia Green Technology Corporation) dan Kerajaan Negeri melalui MVVS. Berdasarkan MOU tersebut, pihak-pihak yang berkenaan telah bersetuju untuk bekerjasama dalam penyesuaian dan pelaksanaan konsep hijau dan pemboleh (enabler) teknologi hijau bagi projek MVV 2.0.

MVV 2.0 adalah sebahagian Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada 17 Kawasan Zon Promosi Pembangunan yang diberi keutamaan di peringkat Kebangsaan. Projek Pembangunan ini juga merupakan sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri (RSN), yang bertujuan menempatkan Daerah Seremban dan Port Dickson sebagai sambungan kepada Greater Kuala Lumpur.


Penjawat Awam Negeri Sembilan Terima Bantuan Khas Aidilfitri


Seremban, 15 Mei 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentabdiran kerajaan negeri.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga UP 14/2019baru
    Kerja-Kerja Membaiki Kerosakan Apron dan Longkang Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Rumah Pangsa Senawang 2, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Sebut Harga JPV.NS.S 16/2019 baru
    Perkhidmatan Pembikinan Video Success Story Projek Ternakan Daerah untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.26/2019 baru
    Perkhidmatan Peningkatan Capaian Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan dan Laman Web Jabatan/Agensi di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Bagi Tempoh 2 Tahun

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus