WISMA NEGERI (11 Oktober 2018):
Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, menganjurkan Program Technology Update 2018 yang bertajuk “Mengimbangi Impak Media Sosial Dalam Perkhidmatan Awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan”.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 11 Oktober diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri dan disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Salinah binti Ismail. Turut hadir Pengarah UPTM, Puan Aida Nora binti Ismail.

Puan Salinah di dalam ucapannya mengingatkan supaya semua penjawat awam perlu lebih berhati-hati dan mementingkan pematuhan undang-undang, peraturan dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa.

“Usaha ini perlu bagi memastikan penggunaan media sosial dan pengaliran maklumat yang telus, berhemah dan memberi impak positif kepada sektor awam,” katanya.

Beliau berharap agar setiap penjawat awam yang menyertai seminar ini akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam penggunaan media sosial melalui beberapa siri ceramah, taklimat dan pameran yang telah diatur.

Lima penceramah dijemput khas sepanjang dua hari program berlangsung. Mereka terdiri daripada Penganalisis Jenayah, Encik Kamal Affandi bin Hashim dengan tajuk ceramahnya Jenayah Siber Di Media Sosial, Encik Abdul Wahab bin Mat Ariff dari Usrah Associates ceramah bertajuk Takaful dan Pengurusan Kewangan Islam, Dr. Norfaiza binti Fuad, Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn (Gelombang Otak Manusia), Telekom Malaysia (Bagaimana TM Membantu Kehidupan Anda?) dan penceramah bebas Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) dengan ceramah bertajuk Parenting VS Sexual Grooming Dalam Media Sosial.


Penjawat Awam Negeri Sembilan Terima Bantuan Khas Aidilfitri


Seremban, 15 Mei 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentabdiran kerajaan negeri.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga UP 14/2019baru
    Kerja-Kerja Membaiki Kerosakan Apron dan Longkang Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Rumah Pangsa Senawang 2, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Sebut Harga JPV.NS.S 16/2019 baru
    Perkhidmatan Pembikinan Video Success Story Projek Ternakan Daerah untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.26/2019 baru
    Perkhidmatan Peningkatan Capaian Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan dan Laman Web Jabatan/Agensi di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Bagi Tempoh 2 Tahun

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus