Ahli-EXCO-Kerajaan-NS-Isytihar-Harta
SEREMBAN (16 Ogos):
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan meraikan anggota Perkhidmatan awam yang telah bersara sepanjang tahun 2017 dalam suatu majlis penuh meriah di Hotel Klana Resort, Seremban.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Tuan Haji Aminuddin bin Harun melibatkan pesara yang telah berkhidmat di 25 buah jabatan termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan-jabatan Peringkat Negeri dan Daerah dari seluruh Negeri Sembilan.

Daripada jumlah 133 orang pesara yang diraikan, seramai 85 orang adalah pesara wajib, 29 orang pesara pilihan dan 19 orang telah meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan. Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesara paling ramai iaitu seramai 46 orang yang telah berkhidmat di peringkat negeri dan juga daerah.

Majlis turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Tuan Zulkefly bin Mohd Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan YB. Dr. Razali bin Ab. Malik, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri, YB. Dato’ Iskandar Ali Dewa, Pegawai Kewangan Negeri, YB. Tuan Mohd Khidir bin Majid, Mufti Kerajaan Negeri, YB. Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad.

Menteri Besar ketika berucap menyeru supaya pesara perkhidmatan awam perlu kekal teguh mendukung aspirasi dan hala tuju Kerajaan serta memupuk jati diri generasi muda ke arah mencapai negeri yang “BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA”.

“Pesara juga perlu lebih peka dengan perkembangan sains dan teknologi walaupun telah mencapai usia rehat daripada alam pekerjaan. Ini akan membantu kita kekal sealiran dengan corak pemikiran baharu dalam memastikan segala yang diimpikan oleh rakyat dan Pentadbiran Kerajaan Negeri dapat direalisasikan,” katanya.


PKNNS, De Four Development Tandatangan Projek Usahasama


Seremban, 31 Julai 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) hari ini menandatangani satu Perjanjian Usahasama melalui pemaju De Four Development Sdn Bhd untuk membangunkan Projek Perumahan Penjawat Awam Negeri Sembilan.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga JPV.NS.S. 20/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Peralatan dan Perkakasan Industri Asas Ternakan (IATn) Kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan bagi Tahun 2019.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus