Perhimpunan_Kakitangan_Muzium_Bersama_Setiausaha_Kerajaan_Negeri_Sembilan

TITAH UCAPAN

D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Majlis Pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Sabtu, 12 Mei 2018

10.00 pagi

Istana Besar Seri Menanti

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dan salam sejahtera.

1. Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, maka Beta dan Tuanku Ampuan Besar dapat berangkat hadir ke Majlis Pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan pada pagi ini.

2. Beta mengucapkan tahniah kepada semua wakil yang telah dipilih oleh rakyat untuk ke Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan dan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia di dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lepas. Alhamdulillah, proses Pilihanraya telah berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius. Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang telah memberikan khidmat pada penggal yang lepas. Kepada calon yang tidak dipilih dalam pilihanraya kali ini, Beta berharap kamu semua terus menabur bakti dan sumbangan kepada masyarakat.

3. Beta mengingatkan semua wakil rakyat yang telah dipilih, bahawa kamu telah diamanahkan oleh rakyat untuk menyuarakan segala permasalahan serta keperluan mereka. Amanah yang diberikan ini janganlah digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Justeru, fokus dan keutamaaan kamu adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan untuk rakyat negeri ini serta negara. Kamu perlu sedar bahawa kesetiaan utama kamu ialah untuk negeri dan negara, bukannya kepada mana-mana nparti politik. Di samping itu, kamu juga hendaklah melaksanakan tanggungjawab tanpa mengira fahaman politik, warna kulit mahupun pegangan agama.

4. Negara ini amat memerlukan pemimpin yang beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendirian tinggi, dalam Bahasa Inggeris, persons of honour. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang telah dirangka untuk kebaikan rakyat.

5. Beta juga suka mengingatkan semua wakil rakyat supaya sentiasa bekerjasama dan memelihara tertib serta menganbil bahagian dengan baik dalam setiap perbincangan mengenai sesuatu permasalahan, terutamanya ketika Dewan Undangan Negeri bersidang kelak. Ini bagi memastikan, rakyat Beta di negeri yang Beta kasihi ini akan sentiasa menerima faedah serta nikmat daripada setiap dasar yang dirangka dan dilaksanakan.

6. Beta turut yakin, kamu semua menyedari dan memahami bahawa Negeri ini adalah negeri yang beradat. Justeru, dalam mengejar pembangunan dan kemajuan, pastikan adat yang kita sanjungi ini terus terpelihara sebagai warisan generasi yang akan datang.

7. Di samping itu, Beta juga mengingatkan kepada seluruh anggota tentera dan polis serta semua agensi keselamatan bahawa tugas kamu ialah untuk terus setia berkhidmat kepada Raja dan Negara. Institusi kehakiman, agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan unit pendakwaan, hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan adil tanpa ada kecondongan kepada mana-mana pihak.

8. Beta menaruh kepercayaan kepada Menteri Besar yang akan Beta perkenankan pada hari ini untuk berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan jujur. Yakinlah, bahawa amanah yang diberikan ini perlu dilaksanakan dengan penuh integriti agar seluruh rakyat Beta dapat menikmati dan merasai hasil pembangunan negeri yang bertuah ini. Beta ingin melihat Kerajaan Beta ini ditadbir dengan asas-asas ketelusan dan akauntabiliti yang kukuh. Teguhkanlah perpaduan dan keharmonian hidup di antara rakyat pelbagai kaum di negeri yang dikasihi ini.

9. Negeri ini sudahpun mempunyai asas ekonomi yang kukuh, kemudahan infrastruktur yang baik serta sumber modal insan yang berkualiti. Pastikan semua ini ditambah baik melalui agenda pembangunan negeri. Hubungan yang baik dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan juga harus diteruskan agar kemajuan negeri ini selaras dengan pembangunan peringkat persekutuan.

10. Beta yakin, Menteri Besar, akan meletakkan matlamat untuk memastikan urusan pentadbiran di jabatan-jabatan serta agensi kerajaan yang ada di negeri ini bebas dari sebarang unsur penyelewengan serta salah guna kuasa seperti rasuah dan seterusnya menjadi contoh sebagai kerajaan yang bersih dan adil.

11. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, bahawasanya pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Fasal 36 Ceraian (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Beta dengan ini dan bagi pihak Undang Yang Empat, melantik Yang Berhormat Aminuddin bin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Wabillahittaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Semangat Perpaduan Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Di Negeri Sembilan


Seremban, 3 September 2019 (Korporat SUKNS) - Seramai 15,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2019 peringkat negeri yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban di sini, seawal 7 pagi.

Baca selanjutnya...

Sesi Libat Urus RMK-12 Bersama Kerajaan Negeri Sembilan


Seremban, 22 Ogos 2019 (Korporat SUKNS) - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah mengadakan sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bersama kerajaan Negeri Sembilan, hari ini.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus