Kelab_Sukan_Dan_Kebajikan_PSUKNS_Anjur_Majlis_Tahlil
WISMA NEGERI:
Pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) bersama-sama mengadakan majlis tahlil buat rakan-rakan mereka yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan yang berlangsung di Dewan Theatterate, Wisma Negeri.

Majlis tahlil yang dipimpin oleh Encik Mohd Zakwan bin Abdul Malek ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan PSUKNS bersempena dengan Program Perjumpaan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama dengan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Mereka yang telah meninggal dunia ialah Allahyarham Musthafa Kamal bin Abdul Aziz, Pegawal Keselamatan; Wahi Anuar bin Abdul Hadi, Pembantu Awam; Romania binti Zuhor, Pemandu Kenderaan dan Allahyarhamah Norhaliza binti Mohd Ali, Pegawai Khidmat Pelanggan.

Semoga roh Allahyarham dan Allahyarham ditempatkan disisi roh orang-orang yang beriman dan beramal solleh dan damailah ditempat persemadian yang abadi. Sesungguhnya dari Allah swt kita datang dan kepadaNya jualah kita dikembalikan.


Semangat Perpaduan Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Di Negeri Sembilan


Seremban, 3 September 2019 (Korporat SUKNS) - Seramai 15,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2019 peringkat negeri yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban di sini, seawal 7 pagi.

Baca selanjutnya...

Sesi Libat Urus RMK-12 Bersama Kerajaan Negeri Sembilan


Seremban, 22 Ogos 2019 (Korporat SUKNS) - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah mengadakan sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bersama kerajaan Negeri Sembilan, hari ini.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga UP 24/2019, UP 25/2019, UP 26/2019, UP 27/2019 baru
    Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Menaiktaraf Sistem Kumbahan RAHR Dan Rumah Pangsa Fasa 2 - RAHR Batu Kikir II & III, Daerah Jempol, Negeri Sembilan.
    Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Menaiktaraf Sistem Kumbahan RAHR Dan Rumah Pangsa Fasa 2 - RAHR Kampung Paya, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Kerja-Kerja Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Serta Kerja Berkaitan Di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Surau Di RAHR Panchor, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus