Majlis_Santapan_Negeri
SENDAYAN:
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Bertam di Bandar Sri Sendayan telah disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak sempena lawatan beliau ke Negeri Sembilan pada 26 Februari lalu.

Lebih 2,000 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, pelajar dan masyarakat berhampiran hadir pada majlis berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Seri Dr. Awaludin Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Seri Mat Ali Hassan, Presiden MIC Malaysia Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

Bersempena dengan perasmian sekolah berkenaan, SJK(T) Ladang Bukit Bertam kini dinamakan SJK(T) Bandar Sri Sendayan yang merupakan satu-satunya sekolah vernacular dengan disediakan kemudahan yang serba lengkap dan diluar jangkaan Masyarakat India.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1951. Pelajarnya pada tahun 2016 hanyalah seramai tujuh orang dan sejak berpindah ke Bandar Baru Sri Sendayan pada 3 Januari 2017 telah meningkat seramai 140 orang.


Nestle Malaysia Lancar Kilang Milo Terbesar Dunia Di Negeri Sembilan


Rembau, 26 September 2019 (Korporat SUKNS) ) - Nestle Malaysia hari ini melancarkan kilangnya di Chembong yang telah dikembangkan kapasitinya di Negeri Sembilan dengan nilai pelaburan sebanyak RM90 juta, sekaligus menjadikannya tapak pembuatan Milo dan Pusat Kecemerlangan Global yang terbesar di dunia.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.41/2019 baru
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Gelanggang Squash Serta Kerja Berkaitan di Kompleks Sukan Tan Sri Dato' Dr Hj Mohd Said Seremban 2, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.40/2019 baru
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Gelanggang Tenis di Kuarters JKR No.3245 Jalan Penghulu Cantik dan Kerja-Kerja Berkaitan.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.37/2019 baru
    Perkhidmatan Merawat Loji Kumbahan, Pam Selam dan Kolam di Bangunan Wisma Negeri dan Kediaman Rasmi YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Tempoh Satu (1) Tahun.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.39/2019 baru
    Kerja-kerja Menaiktaraf Dan Ubahsuai Laluan Tengah dan Ruang Balkoni di Bahagian Khidmat Pengurusan serta Kerja-kerja yang Berkaitan di Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga SH/BIL.SUKNS/38/2019 baru
    Kerja-kerja Menaiktaraf Gelanggang Tenis di Kuarters JKR No.3245 Jalan Penghulu Cantik dan Kerja-kerja Berkaitan.
  • Sebut Harga JPV.NS.S. 23/2019 baru
    Kerja-Kerja Memasang dan Mengujilari Cold Room Berukuran 8 Kaki (P) x 8 Kaki (L) x 8 Kaki (T) Lengkap Dengan Sistem Penyejukan Termasuk Kerja-Kerja Elektrikal Berkaitan bagi Tujuan Penguatkuasaan dan Perundangan Veterinar di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus