Penganugerahan_Pingat
SERI MENANTI:
Seramai 693 menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan bersempena Ulangtahun Keputeraan Ke-70 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Mendahului senarai penerima ialah Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Sallehuddin menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS).

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz turut menganugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) kepada anakanda baginda Tunku Zain Al-Abidin.

Turut menerima anugerah ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Dr Awaludin Said dan Aktivis Keamanan Dunia Datuk Dr Ronald Mc Coy yang dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS), yang membawa gelaran Dato’ Seri.

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Abu Bakar Jais antara tujuh penerima Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Dato’ dan diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri Johol Abu Samah Mahat, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Johani Hassan, Pengarah Urusan Kumpulan Biforst Logistics Hamie Appala Nakkiah, Pakar Perunding Perubatan Hospital Assunta Dr L. Suresh Raj, Pengarah Eksekutif Ekovest Bhd Lim Hoe dan Pengerusi Persatuan Generasi Tanpa Dadah Malaysia Mohd Azzarain Abdul Aziz.

Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Dato’ turut dikurniakan kepada Hakim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Faizah Jamaludin.

Pegawai Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan Haji Ali Haji Luman, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Haji Kamal Amran Kamarudin, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Baharudin Jali, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin, Pegawai Daerah Jempol Haji Zazali Salehudin, Pro-Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Nor Ghani Md Nor dan Panglima Briged Infantri Malaysia Brig. Jen. Haji Reduan Haji Omar adalah antara 25 orang yang dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS). Turut menerima ialah Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri Dr Nadzan Haron, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia Prof Dr Roshada Hashim dan Aktivitis Wanita Negeri Sembilan Datin Sabarriah Shukur, Ahli Majlis Perbandaran Seremban Batamale a/l Subramaniam, Pengarah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja Brif Jen. Haji Mohd razak Kamari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembnagunan) RISDA Nasarudin Malek, Pengarah Akademik Sukan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Prof. Dr. Shamala K Subramaniam, Peguam Sharif Mohamed, Pengarah Hospital NSCMH Medical Centre Dr. Thavanaison Arumugam, Zainal Abdul Ghani, Wong Kok Koan, Viswanathan a/l Suppiah, Tee Eng Hak, Haji Syed Mohd Ali Syed Mohamed, Mohd Amri Sahari@Khuzari, Liang Tian Choon, Johd Chua Seng Chai dan Chin Choy Wah.

Seramai 31 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) yang antaranya Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) Wan Rasdi Wan Ismail, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh, Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Negeri Sembilan Ir. Ramlan Omar, Pengurus Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Negeri Sembilan Mohd Zaiki Ariffin, Pengarah Eksekutif Pentadbiran Universiti Kebangsaan Bangi (UKM) Abdul Razak Hussin, Abdul Gani Mohd Daud, Ainul Hasnizam Abu Hassan, Anand a/l Anthony, Chang Seng Yan@Chan Chau Ann, Chinatamby a/l Suppiah, Ding Leang Sing, Gilbert a/l Adaikalam, Gunasengaran a/l Ayakannoo, Prof. Dr. Ishak Yussof, Krisnan a/l Kuncirama Puduar, Kuppasamy a/l Krishnan, Leong Kin Yong, Mariappan a/l Kaliappan, Md Sah Sihat, Mohd Fuad Mat Jali, Kol. Dr. Mohd Radzi Abdul Hamid, Muhamad Zamri Omar, Ng Moy Yong, Dr. Ooi Chun Yen, Sharudin Said, Soh Ah Wah, Syed Hishamuddin Syed Nordin, Wang Chun Wong, Yong Sang@Yang Kang Hen, Kol. Haji Zakaria Haji Abu dan Zuraidah Mohd Zin.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz turut menganugerahkan pingat Darjah Tuanku Muhriz (DTM) kepada Datin Yang Kalsom Mohd Yusof dan Datin Hajah Zuraidah Haji Hashim, manakala Darjah Pekerti Terpilih (DPT) dianugerahkan kepada Haji Arshad Haji Ab. Rashid, Khairil Anuar Karim, Mohd Azraai Md Aznan, Lt. Kol. Prof Madya Ir. Dr. Haji Muhamad Murrad, Lt. Kol. Nasharuddin Shahid, ACP Haji Noor Zainy Haji Mohd Noor, Salim Aman, Lt. Kol Sufain Ahmad, Supt. Xavier a/l Soosainathan dan Zuraidah Md Nor.

Seramai 31 penerima dianugerhkan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS), manakala seorang Setiawan Tuanku Muhriz (STM), 25 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), lima Pingat Khidmat Lama (PKL) dan 15 Bentara Tuanku Muhriz (BTM).


Tilawah Dan Hafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019

MTAQ
Seremban, 12 Mac 2019 (Korporat SUKNS) - Sejumlah 28 qari dan qariah akan mengambil bahagian pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2019 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 22 Mac di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

Baca selanjutnya...

PSUKNS CAPAI SASARAN MELEBIHI 100% PENERBITAN SET DATA TERBUKA BAGI TAHUN 2018

dtsa
PUTRAJAYA, 4 Mac 2019 -
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) telah berjaya mencapai sasaran melebihi 100% yang telah ditetapkan oleh MAMPU dalam penerbitan set Data Terbuka di Portal Data Terbuka pada tahun 2018. Sebanyak 83 set data telah berjaya diterbitkan melebihi 50 set data yang telah ditetapkan oleh MAMPU.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

Kerajaan Negeri Sembilan Sertai MAHA 2018

MAHA_2018
Sektor pertanian akan terus kekal penting dan relevan kerana tidak lagi dilihat sebagai pengeluaran makanan tetapi telah diterima sebagai faktor penting dalam menjamin “food security” atau keselamatan makanan negara. Kerajaan sedang dalam kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 yang bertujuan memacu pemodenan sektor agro makanan.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga No.JPV.NS.S 10/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Pelbagai Jenis Makanan Ternakan untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan Bagi Tahun 2019.
  • Sebut Harga No.JPV.NS.S 09/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Anak Ayam Kampung Kacukan Sebanyak 10,000 Ekor, 500 Ekor Anak Itik Pedaging Baka Mascovy, 500 Ekor Itik Penelur Baka Khaki Chambell dan Makanan Permulaan Ayam/Itik Sebanyak 250 Beg Bagi Program Transformasi Ekonomi Desa 2019.
  • Sebut Harga No.JPV.NS.S 08/2019 baru
    Membekal Dan Menghantar Semen Beku Untuk Program Unit Pembiakbakaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan Bagi Tahun 2019.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/ BIL.13/2019baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Naik Taraf Local Area Network (LAN) Di Pusat Data Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga SH/ SUKNS/BIL.12/2019 baru
    Perkhidmatan Semburan Serangga Dan Kawalan Serangga Perosak Di Balai-Balai Undang Yang Empat Dan Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.10/2019 dan SH/ SUKNS/BIL.11/2019baru
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Lantai Dewan Terbuka Serta Kerja Berkaitan Di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Said Seremban 2, Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Pagar Gelanggang Lawn Bowl Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Said Seremban 2, Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.9/2019baru
    Kerja-Kerja Mengecat Bumbung Rumah Kuarters 3334 Dan 3336 Jalan Keliling Serta Kerja-Kerja Berkaitan.
  • KENYATAAN TENDER JBA/(T)/01/2019baru
    Pengurusan Sumber Air Mentah bagi Loji Air Gemas
    Pakej 1 - Membina Dan Menyiapkan Pintu Alur Limpah, Rumah Kawalan, Struktur Pam Dan Lain-lain Kerja Yang Berkaitan

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus