SEREMBAN, 13 Disember 2018 (Korporat SUKNS)
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin Harun telah menyempurnakan Pelancaran Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) di Royale Chulan, Seremban hari ini. MVV 2.0 merupakan inisiatif pembangunan awam-swasta yang dijangka menjadi metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih. Pembangunan MVV 2.0 berhasrat untuk menyampaikan impak ekonomi kepada Malaysia dengan membawa masuk pelaburan antarabangsa dan tempatan serta mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan. Pembangunan ini berkeluasan 379,087 ekar (153,411 hektar) tanah yang merangkumi daerah Seremban dan Port Dickson.

Baca selanjutnya...

MaulidurRasul2018
SEREMBAN,19 November 2018 (Korporat SUKNS):
Kira-kira 1,000 tetamu hadir di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018 di Masjid Negeri, Seremban. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ membawa mesej jelas mengajak umat Islam menumpukan segala daya dan usaha untuk menyantuni umat lain.

Baca selanjutnya...

Program Mantai Perdana Diteruskan


Seremban, 3 Jun 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan bahawa Program Mantai Perdana akan diteruskan. Program ini membolehkan orang ramai membeli daging pada harga murah.

Baca selanjutnya...

Negeri Sembilan Rafak Sembah Takziah Kepada Kerabat Diraja Pahang


Seremban, 23 Mei 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Negeri Sembilan merafak sembah ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat kepada Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Tender T-SUKNS-BIl.3-2019baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Projek Peralihan Network Switch di Bangunan Wisma Negeri

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus