Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Ke IPT Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

Syarat –Syarat Permohonan:


1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.

2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.

4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.

5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:

  • YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
  • Penghulu
  • Pengerusi MPKK / KRT / Taman.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah;
  • Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5B, Wisma Negeri
70503 Seremban

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85

Berikut adalah capaian terus kepada borang-borang berkaitan:

 


Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan Di Seremban


Seremban, 13 Februari 2019 (Korporat SUKNS) -
Lebih 15,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia bersempena sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Centrio, Seremban 2 di sini pada 17 Februari ini. Sambutan ini merupakan acara tahunan peringkat nasional anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Baca selanjutnya...

Tuanku Muhriz Sempurnakan Pengisytiharan Majlis Perbandaran Jempol


Seremban, 30 Januari 2019 (Korporat SUKNS) -
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah menyempurnakan pengisytiharan Majlis Daerah Jempol (MDJL) sebagai Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) di hadapan kira-kira 3,000 warga Jempol.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

Kerajaan Negeri Sembilan Sertai MAHA 2018

MAHA_2018
Sektor pertanian akan terus kekal penting dan relevan kerana tidak lagi dilihat sebagai pengeluaran makanan tetapi telah diterima sebagai faktor penting dalam menjamin “food security” atau keselamatan makanan negara. Kerajaan sedang dalam kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 yang bertujuan memacu pemodenan sektor agro makanan.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga UP 05/2019, UP 06/2019, UP 07/2019, UP 08/2019 baru
    Sebut Harga UP 05/2019: Kerja-Kerja Membina Pakir Motosikal Berbumbung Serta Kerja Berkaitan Di Rumah Pangsa Templer, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Sebut Harga UP 06/2019: Kerja-Kerja Menaiktaraf dan Membina Baru Rumah Sampah Serta Kerja-Kerja Berkaitan di PPR Bersepadu Senawang, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Sebut Harga UP 07/2019: Kerja-Kerja Membina Laluan Baru di Belakang Blok D Serta Kerja-Kerja Berkaitan di PPR Bersepadu Senawang, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Sebut Harga UP 08/2019: Kerja-Kerja Menaiktaraf Ruang Pejalan Kaki dan Koridor Rumah Pangsa Senawang 1, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Sebut Harga JPV.NS.S 03/2019, JPV.NS.S 04/2019, JPVN.NS.S 05/2019, JPVN.NS.S 06/2019 baru
    Membekal dan Menghantar 20 Ekor Lembu Induk Betina Kacukan Jersey untuk Program Pengeluaran Susu dan Pembiakbakaan Tahun 2019;
    Membekal dan Menghantar 20 Ekor Kambing Pejantan Baka Boer Kacukan Tempatan dan 128 Ekor Kambing Betina Induk Baka Boer Kacukan Tempatan untuk Program Pembiakbakaan Tahun 2019;
    Membekal dan Menghantar 12 Ekor Lembu Pejantan Baka Kacukan Brahman dan 34 Ekor Lembu Betina Induk Kacukan Brahman kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan bagi Tahun 2019; dan
    Membekal dan Menghantar 20 Ekor Bebiri Pejantan Baka Kacukan Tempatan untuk Program Pembakaan dan 120 Ekor Bebiri Induk Betina Kacukan Tempatan untuk Program Pembiakbakaan Tahun 2019.
  • Sebut Harga No.JPV.NS.S 02/2019 baru
    Membekal Dan Menghantar Peralatan Program Kawalan Dan Pembasmian Penyakit Haiwan Dan Zoonotik Kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan Bagi Tahun 2019.
  • Sebut Harga No.JPV.NS.S 01/2019 baru
    Membekal Dan Menghantar Ubat-Ubatan Untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilsn Bagi Tahun 2019.
  • Notis Pembatalan Tender T/SUKNS/BIL.1/2018 baru
    Keterangan lanjut seperti di lampiran.
  • Notis Pembatalan Tender SUK/P/UP/01/2018
    Keterangan lanjut seperti di lampiran.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus