Negeri Sembilan Lancar Malaysia Vision Valley 2.0


SEREMBAN, 13 Disember 2018 (Korporat SUKNS)
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin Harun telah menyempurnakan Pelancaran Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) di Royale Chulan, Seremban hari ini. MVV 2.0 merupakan inisiatif pembangunan awam-swasta yang dijangka menjadi metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih. Pembangunan MVV 2.0 berhasrat untuk menyampaikan impak ekonomi kepada Malaysia dengan membawa masuk pelaburan antarabangsa dan tempatan serta mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan. Pembangunan ini berkeluasan 379,087 ekar (153,411 hektar) tanah yang merangkumi daerah Seremban dan Port Dickson.

Baca selanjutnya...

Kerajaan Negeri Sembilan Susun Semula Pembangunan Lembah Visi Malaysia


SEREMBAN, 7 Disember 2018 (Korporat SUKNS)
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyusun semula pembangunan Lembah Visi Malaysia (MVV) dengan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi yang akan melibatkan perusahaan berimpak tinggi dalam sesuatu kluster.

Baca selanjutnya...

Sidang DUN Negeri Sembilan Bermula 17 Hingga 19 Disember


SEREMBAN, 26 Nov (Korporat SUKNS) – Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 akan diadakan mulai 17 hingga 19 Disember ini.

Baca selanjutnya...

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN SERTAI MAHA 2018

MAHA_2018
Sektor pertanian akan terus kekal penting dan relevan kerana tidak lagi dilihat sebagai pengeluaran makanan tetapi telah diterima sebagai faktor penting dalam menjamin “food security” atau keselamatan makanan negara. Kerajaan sedang dalam kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 yang bertujuan memacu pemodenan sektor agro makanan.

Baca selanjutnya...

Lebih 1000 Hadir Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 2018

MaulidurRasul2018
SEREMBAN,19 November 2018 (Korporat SUKNS):
Kira-kira 1,000 tetamu hadir di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018 di Masjid Negeri, Seremban. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ membawa mesej jelas mengajak umat Islam menumpukan segala daya dan usaha untuk menyantuni umat lain.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  • Sebutharga UP 04/2019 baru
    Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kecil, Jentera Lif Penumpang Secara Berpusat Di Rumah Pangsa Taman Tun Dr Ismail (Templer 1), Daerah Seremban, Negeri Sembilan (Tahun 2019).
  • Sebutharga UP 03/2019 baru
    Kerja-Kerja Membekal Alat Pemadam Api Serta Kerja Berkaitan Di Rumah Pangsa Taman Tun Dr Ismail (Templer 1), Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
  • Sebutharga UP 02/2019 baru
    Kerja-Kerja Pembaikan Kecil Dan Pembersihan Kawasan Secara Berpusat Di Rumah Pangsa Wisma Sentosa Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus (Tahun 2019).
  • Sebutharga UP 01/2019 baru
    Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kecil Dan Pembaikan, Pembersihan Secara Berpusat Di Rumah Pangsa Templer 1, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus (Tahun 2019).
  • Notis Pembatalan Tender T/SUKNS/BIL.1/2018 baru
    Keterangan lanjut seperti di lampiran.
  • Notis Pembatalan Tender SUK/P/UP/01/2018
    Keterangan lanjut seperti di lampiran.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus