Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Sabtu, 25hb Mei 2013  

Penjawat Awam

Penjawat Awam > 1 NS*Net

S1

Apakah itu 1NS*Net?

J1

1NS*Net merupakan projek Kerajaan Negeri bagi menaik taraf infrastruktur ICT rangkaian NS*Net sedia ada dengan mengintegrasikan rangkaian-rangkaian lain di agensi-agensi seperti agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri. Ia dinamakan 1NS*Net kerana menggabungkan 3 rangkaian sedia ada iaitu NS*Net, EG*Net dan NRE*Net kepada satu rangkaian bagi membolehkan setiap komputer mengakses sistem aplikasi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Rangkaian Bersepadu 1NS*Net merupakan tulang belakang perkongsian maklumat antara jabatan-jabatan kerajaan Negeri Sembilan.

S2

Apakah jenis perkhidmatan yang termasuk dalam 1NS*Net?

J2

Di bawah projek 1NS*Net, kapasiti lebar jalur (bandwidth) di setiap jabatan kerajaan Negeri Sembilan di naik taraf bagi menampung keperluan sistem aplikasi dan capaian ke Internet.

1NS*Net merangkumi perkhidmatan IPVPN melalui Metro-E di Wisma Negeri serta Pejabat Tanah dan Daerah Seremban 2, manakala perkhidmatan IPVPN melalui Leased Line di lain-lain lokasi.

S3

Siapakah yang menggunakan perkhidmatan 1NS*Net ini?

J3

1NS*Net digunakan oleh semua pengguna daripada semua agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang meliputi Wisma Negeri, semua Pejabat Daerah dan Tanah, semua Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan kerajaan di seluruh Negeri Sembilan.

S4

Bilakah 1NS*Net ini mula dilaksanakan?

J4

Pelaksanaan projek 1NS*Net ini telah bermula dari bulan Ogos 2010 bagi tempoh 3 tahun sehingga bulan Julai 2013.

S5

Apakah kelebihan dan faedah 1NS*Net?

J5

Pelaksanaan 1NS*Net ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri iaitu:

·     1 NS*Net merupakan pengintegrasian 3 rangkaian iaitu NS*Net, EG*Net dan NRE*Net ke arah pentadbiran dan  urusan yang lebih cekap dan sistematik.

·     Melalui 1NS*Net, semua sistem aplikasi berkaitan boleh diakses dalam PC yang sama berbanding sebelum ini yang memerlukan PC yang berlainan bagi mengakses setiap aplikasi berbeza.

·     Setiap alamat IP di semua lokasi diseragamkan menggunakan IP sistem Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan sistem aplikasi Kerajaan Negeri diintegrasikan dengan sistem Kerajaan Persekutuan.

·     Pemantauan rangkaian dilakukan secara berpusat di Wisma Negeri.

·     Semua lokasi dihubungkan menggunakan rangkaian litar suwa (leased line) dengan teknologi TM IPVPN berbanding ADSL bagi memastikan rangkaian yang lebih terjamin dan pantas.

·     Penggunaan Bandwidth Management Tool (BMT) mampu menguruskan dan mengutamakan capaian aplikasi yang kritikal bagi memastikan prestasi capaian pada tahap optimum.

·     Pemasangan perisian anti-virus yang seragam di semua PC di agensi membolehkan sistem rangkaian dipantau dengan lebih cekap.

S6

Bagaimanakah 1NS*Net boleh membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan Kerajaan Negeri?

J6

Dengan kelebihan dan faedah yang disebutkan di atas (A5), kerajaan Negeri Sembilan mampu:

·     Mengakses aplikasi berkaitan dengan lebih pantas dan teratur.

·     Berhubung dan berurusan dengan jabatan-jabatan lain dalam Kerajaan Negeri dengan lebih baik dan pantas.

·     Memantau dan mengurus rangkaian infrastruktur ICT Kerajaan Negeri dengan lebih cekap, berpusat dan terjamin selamat.

·     Mengawal sebarang ancaman virus dengan lebih baik menerusi pemasangan perisian anti-virus yang seragam.

·     Meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri dengan jaminan perkhidmatan rangkaian yang mampu menampung keperluan operasi harian

·     Meningkatkan imej Kerajaan Negeri dengan memberikan perkhidmatan yang cekap dan terurus kepada rakyat Negeri Sembilan.

·     Menjadi pemangkin kepada perancangan dan pembangunan ICT Kerajaan Negeri.

Negeri Sembilan merupakan negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan projek ini yang menggabungkan rangkaian Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

S7

Bagaimana pula 1NS*Net ini boleh memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan?

J7

Menerusi 1NS*Net, Kerajaan Negeri Sembilan mampu melakukan urusan di antara jabatan Kerajaan Negeri dengan lebih pantas dan cekap. Justeru itu, projek ini bakal menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik buat semua rakyat Negeri Sembilan dengan:

·     Mendapatkan perkhidmatan dengan mudah dan cepat serta menikmati sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri yang lebih efisien.

·     Urusan di kaunter yang lebih mudah dan pantas berikutan sistem aplikasi yang berintegrasi.

 
Jumlah Capaian : 235185
 

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my