Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Khamis, 23hb Mei 2013  

Majlis Perjumpaan YB SUKNS Bersama Pegawai & Kakitangan SUKNS Julai/Ogos 2012.

 


SEREMBAN, 16 Ogos  - Majlis Perjumpaan Y.B. SUKNS Bersama Pegawai dan Kakitangan Pejabat SUKNS bagi bulan Julai/Ogos 2012 telah diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri yang telah dihoskan oleh tiga unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Pejabat Menteri Besar, Unit Korporat, Inovasi & Kualiti dan Unit Audit Dalam.
 

Antara pengisiannya adalah persembahan multimedia,  penyampaian cenderamata kepada pegawai  & kakitangan yang menyambut kelahiran pada bulan Julai dan Ogos serta penyampaian sumbangan kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat SUKNS yang melangsungkan perkahwinan, menimang cahaya mata atau dimasukkan ke hospital.

Y.B. SUKNS turut menyampaikan amanatnya kepada warga SUKNS supaya bermuhasabah diri selaras dengan tema pada kali ini iaitu “Moh Hijrah”. Beliau meminta warga SUKNS berhijrah ke arah kebaikan walaupun kadangkala hijrah itu  memerlukan pengorbanan.  Beliau mengingatkan warga SUKNS agar bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kerana tugas itu juga merupakan satu ibadah.
 

Pada kali ini warga SUKNS diminta untuk berkorban dengan memendekkan cuti rehat bagi sambutan Hari Raya Aidil Fitri kerana  Pejabat SUKNS perlu membuat persiapan untuk majlis sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 hb. Ogos nanti.  Beliau turut    mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SUKNS.  Warga SUKNS juga diingatkan agar  berhati-hati ketika memandu agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.   

 
Dikemaskini pada 25 Apr 2013
Jumlah Capaian : 54349

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my