Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Ahad, 19hb Mei 2013  

Majlis Pemberian Imbuhan Tahunan 2012 Kepada Penjawat Awam Di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

 



SEREMBAN, 08 Ogos – Penjawat awam di Negeri Sembilan hari ini menerima imbuhan setengah bulan gaji serentak di 12 lokasi berbeza hari ini berjumlah RM6.9 juta.

Bagi penjawat awam yang bertugas di 14 buah agensi di Wisma Negeri menerima imbuhan tersebut di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), petang tadi di Majlis Penyampaian Imbuhan Tahunan 2012 kepada Penjawat Awam di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Di mana seramai seribu orang penjawat awam menerimanya.

Menurut Menteri Besar di dalam ucapannya, “Kerajaan Negeri ini diurus dengan sebaik mungkin dan penyampaian imbuhan yang diserahkan pada hari ini bertitik tolak dari usaha gigih penjawat awam menunjukkan KPI yang baik di dalam kerja dan tanggung jawab masing-masing.”

Katanya lagi, “imbuhan yang diberikan hari ini merupakan penghargaan kerajaan negeri buat penjawat awam yang sentiasa bertungkus lumus menaikkan mutu perkhidmatan di negeri ini.”

Tambah beliau, “selain itu,  Kerajaan Negeri juga sedia maklum persiapan yang mahu dilakukan menjelang hari raya ini. Imbuhan setengah bulan gaji dengan minima RM500  yang diserahkan dalam bentuk cek, di harapkan meringan dan mengembirakan semua.”

“Seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam, kerajaan negeri turut menghargai jasa  penjawat awam menjalankan tugas masing-masing seterusnya mengharumkan nama agensi tempat bertugas.” Ujarnya.

“Dari 12 jabatan yang yang diaudit oleh Audit Negara, enam daripadanya menerima pengiktirafan empat bintang dan ini amat baik. Malah dari 12 yang diaudit, antaranya merupakan jabatan yang di audit kali pertama. Kejayaan ini secara tidak langsung menyakinkan orang luar bahawa pentadbiran negeri ini cukup bagus.” Tambah beliau lagi.

Menteri Besar turut menyeru agar penjawat awam negeri ini agar bersyukur dengan limpahan nikmat yang dikecapi negara ini yang berbeza dengan negara luar.

Katanya, “ada negara yang sama merdeka dengan Malaysia, tetapi mereka gagal membangunkan negara kerana mereka tidak mempunyai sistem pentabiran sama seperti kita.”

“Bukan sahaja kita sebuah negara yang mengamalkan perpaduan kaum yang amat baik dan hidup dalam keadaan aman dan damai, malah disebabkan rezeki yang dikurniakan ini juga, kita pula mampu untuk membantu negara-negara miskin terutamanya negara Islam melalui bantuan kemanusiaan melalui Mercy.” Ujar beliau lagi.

Menteri Besar turut berharap agar penjawat awam menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan berintergriti tinggi bagi menarik kepercayaan orang luar melabur di sini.

Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri hanya meletakkan KPI pendapatan sekitar RM1 bilion sahaja, tetapi telah mendapat pelaburan  sebanyak RM6 bilion dengan GDP sebanyak 5.9%.

Unjuran tersebut turut berkembang pada tahun ini, apabila kerajaan negeri menerima tambahan pelaburan sebanyak RM2.8 bilion melalui sektor perkilangan.

Bukan seperti dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakan negeri ini muflis, kenyataan itu adalah tidak tepat kerana rezab pendapatan negeri tahun lalu sahaja berjumlah RM69 juta.

Turut hadir, Y.B. Dato’ Hj Mat Ali bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Y.B. Dato' Ab. Radzak bin Ab. Rahman, Pegawai Kewangan Negeri serta Ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Sumber: www.n9kini.com

 
Dikemaskini pada 13 Ogos 2012
Jumlah Capaian : 54762

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my