Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Selasa, 21hb Mei 2013  

2012 Jul - Lawatan Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Negeri Sembilan.

 


 

TAMPIN, 17 Julai – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin berkata, kerajaan masih dalam rangka usaha untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan di negara ini setanding dengan negara-negara maju.

 

Setiap tahun kerajaan memperuntukan lebih daripada RM5 bilion untuk pembangunan di sekolah seluruh Malaysia. Pembangunan ini amat penting untuk keselesaan para guru dan pelajar malah kesempurnaan ini salah satu faktor meningkatnya mutu pembelajaran.

 

Jelas beliau lagi, “Ibu bapa juga haruslah memberi impak positif dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Kerjasama ini dapat memberi kesan kepada kecemerlangan pelajaran anak-anak.”

 

“Negara kita istimewa. Kita mempunyai sistem pembelajaran yang pelbagai. Tidak mustahil untuk kita melahirkan pelajar yang universal dengan adanya sokongan daripada ibubapa, guru yang pakar dalam bidang masing-masing bagi melahirkan pelajar yang bersemangat waja.” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian bangunana baru Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampung Baru, Tampin di sini, hari ini.

 

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan di dalam ucapannya pula berkata, “saranan Perdana Menteri mahu memastikan pelajaran di negara ini amat dititikberatkan agar setara dengan pembangunan negara. Anak di Malaysia mesti ada ilmu pengetahuan yang tinggi dan juga kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.”

 

Katanya, “Meningkatkan mutu pembelajaran di Negeri Sembilan adalah agenda utama yang dilakukan sejak tahun 2005. Hasrat di mana kita mahu melihat pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan umum di Negeri Sembilan ini berada di kelompok 5 teratas sudah berjaya. Kerajaan akan sentiasa membantu semua jenis sekolah di luar atau di dalam bandar agar lonjakan kecemerlangan ini akan terus meningkat.”

 

Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan hadiah dan sumbangan kepada pelajar cemerlang UPSR tahun 2011 dan menandatangani plak perasmian.

 

Hadir sama Datin Seri Puan Seri Noorainee Haji Abdul Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri, Raja Datin Seri Salbiah bt. Tengku Nujumudin, isteri Menteri Besar, Dato’ Abdul Razak Mansor, YDP Speaker DUN dan isteri.

 

Turut hadir, Datuk Seri Shaziman Hj. Abu Mansor, Menteri Kerja Raya serta isteri, Datin Rozana Mohamed Khalid, Dato’ Hj. Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan isteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Haji Razali bin Bakar, Pegawai Daerah Tampin, Ketua-ketua Jabatan Peringkat Persekutuan Dan Negeri dan Encik Sin Geok Pheng, Guru Besar SJK (C) Kampung Baru Tampin.

 

 

 

Sumber: www.n9kini.com
 
Dikemaskini pada 18 Mar 2013
Jumlah Capaian : 58427

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my