
SEREMBAN, 1 Julai – MAHA NS 2012 yang berlangsung di Bekas Tapak Kem Paroi, Seremban bermula 23 Jun yang lalu telah berakhir semalam, dengan majlis penutupnya telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
MAHA NS 2012 yang diadakan bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Sambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Negeri Sembilan telah mencatatkan jumlah pelawat sepanjang program itu berlangsung iaitu 138,000 orang. Manakala hasil jualan kesemua booth yang mengambil bahagian telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 11.8 juta.
Di dalam majlis tersebut, Y.B. Datuk Seri Haji Noh turut menyampaikan hadiah pertandingan serta sumbangan kepada penerima-penerima yang layak. Selepas itu, beliau turut dibawa melawat ke tapak-tapak jualan serta pameran-pameran veterinar.
Turut hadir ke majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPNNS) 2012, Y.B. Dato’ Haji Yunus bin Rahmat.