Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Isnin, 20hb Mei 2013  

Majlis Perjumpaan SUKNS Bulan Jun

 

 

SEREMBAN, 28 Jun - Majlis Perjumpaan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan Pegawai dan Kakitangan Pejabat SUKNS telah diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri. Majlis kali ini telah dihoskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan tema ‘Mari Berjimat’.

 

 

Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Peneraju Wawasan serta lagu pilihan iaitu ‘Bokojolah Kito’ dan ‘Joget si Pinang’ oleh Kumpulan Koir Pejabat SUKNS. YB. Dato’ Haji Mat Ali bin Hassan telah menyampaikan amanatnya kepada semua kakitangan Pejabat SUKNS yang hadir. Dalam amanatnya, beliau menekankan amalan berjimat cermat ketika menggunakan telefon, elektrik dan air dalam tugas seharian. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Pejabat SUKNS akan membuat penilaian terhadap penggunaan elektrik dan air bagi setengah tahun kedua iaitu bulan Disember 2012, hasil dari kempen amalan berjimat cermat yang disarankan. Majlis diteruskan dengan Pengumuman Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan diikuti dengan tayangan video iaitu Jimat Tenaga, Teknologi Hijau dan Bagaimana Kita Boleh Menjimatkan Tenaga Elektrik bersempena dengan tema ‘Mari Berjimat’. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat SUKNS kepada kakitangan yang menerima cahaya mata dan masuk hospital.

 

 

Majlis juga diserikan dengan meraikan warga SUKNS yang menyambut hari ulang tahun kelahiran dalam bulan Jun 2012 dengan memotong kek hari lahir serta penyampaian cenderahati kepada mereka yang terbabit. Majlis diakhiri dengan taklimat berkaitan dengan Cuepacs Care dan BSN.

 

 

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan, YBhg. Dato’ Haji Tahar bin Haji Sudin dan Ketua-ketua Unit.

 
Dikemaskini pada 5 Jul 2012
Jumlah Capaian : 63904

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my