Jumaat, 24hb Mei 2013
2012 Jun-Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus 1433H/2012M.
SENAWANG, 17 Jun – Sambutan Isra’ Mikraj 1433H Peringkat Negeri Sembilan anjuran MAINS di sambut serba sederhana di perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Taman Seremban Jaya petang tadi.Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar kepada warga emas dan pihak memerlukan di samping meraikan pelajar cemerlang di dalam peperiksaan umum tahun lalu.Sementara solat Maghrib dan Isya’ berjemaah, diimamkan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah, penceramah bebas yang di bawa khas oleh MAINS untuk menyampaikan tazkirah berkaitan Isra’ Mikraj.Di dalam tazkirah, beliau menyentuh sirah perjuangan Nabi Muhammad dan pengorbanan Rasulullah ketika diangkat menjadi rasul, dan wajib bagi umat Islam terkemudian, mengemudi perjuangan baginda agar syiar Islam terus berkembang sehingga hari kiamat.Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di dalam ucapan pula menyeru umat Islam akhir zaman ini supaya bersatu-padu dan menjaga perpaduan sesama insan kerana zaman selepas kewafadan Rasulullah merupakan zaman getir berhadapan dengan musuh-musuh Islam.Katanya, “umat Islam yang lahir selepas kewafadan Rasulullah perlu sentiasa mengingati hari yang amat besar iaitu ‘Peristiwa Isra’ Mikraj’ dan mengambil semangat peristiwa tersebut kerana terlalu banyak hikmah dan mukjizat yang berlaku memberi pengajaran kepada umat Islam dunia ini.Musuh-musuh Islam terutamanya bangsa Yahudi sentiasa mencari cara dan peluang untuk menyesatkan umat Islam dunia ini. Oleh yang demikian, umat Islam sendiri perlu memegang kepada tali Allah dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir mereka.Beliau turut menyeru kepada umat Islam di Negara ini supaya kembali ke pangkal jalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Insan agar keamanan Negara kekal selamanya.Turut hadir, Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohd Yusof Hj Ahmad, Yang diPertua Speaker DUN, Dato’ Hj Abdul Razak Mansor, Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato Hj Mat Ali Hasan, Senator Dewan Negara, Dato’ Mohd Najeeb Abdullah.