Rabu, 22hb Mei 2013
Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Jun 2012
SEREMBAN, 11 Jun – Enam daripada duabelas jabatan dan agensi di negeri ini telah menerima penarafan empat bintang daripada Jabatan Ketua Audit Negara.Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, dua daripada enam jabatan tersebut telah menjadi “benchmark” kepada jabatan masing-masing di seluruh negeri.Enam jabatan tersebut adalah Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pejabat Daerah Kuala Pilah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS).Manakala, dua jabatan yang menjadi “benchmark” adalah Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perhutanan Negeri yang pertama kali dinilai dan menerima penarafan tersebut.“Ini jelas menunjukkan bahawa jabatan-jabatan dan agensi ini telah melakukan kerja-kerja yang mengikut peraturan dengan amat baik sekali,” kata beliau selepas menghadiri perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di Perkarangan Dewan Undangan Negeri, pagi tadi.Menurut beliau, ini merupakan hasrat kerajaan negeri yang mahu melihat perkhidmatan awam terus cemerlang di samping mengikut perintah-perintah am di mana ianya amat penting dalam penilaian audit indeks.Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa jabatan dan agensi yang terpaksa bekerja dalam keadaan serba kekurangan, suasana yang kurang menyenangkan dan kekurangan peralatan pejabat namun para penjawat awam masih menjalankan tanggungjawab dan memberikan perkhimatan dengan baik kepada orang awam.
Sumber: www.n9kini.com