Jumaat, 24hb Mei 2013
2012 Mei-Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Kali Ke-55 2012M/143
PAROI, 26 Mei – Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan Kali ke-55 di adakan di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Paroi, berakhir malam tadi di mana ianya di sertai oleh qari dan qariah seluruh daerah di Negeri Sembilan.Tilawah Al-Quran yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan ini telah bermula sejak 23 Mei 2012M bersamaan 3 Rejab 1433H sehingga 26 Mei 2012M bersamaan 6 Rejab 1433H.Di mana terdapat dua kategori pertandingan iaitu bagi kategori dewasa, dan bagi kategori remaja. Manakala, peserta di adili dari segi taranum, tajwid, fasohah, dan nada suara.Bagi johan qari dan qariah, mereka akan mewakili Negeri Sembilan di pertandingan peringkat kebangsaan pula yang akan diadakan di Johor.DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir mencemar duli menyempurnakan majlis Tilawah Peringkat Negeri Sembilan kali ke-55 ini.Turut mencemar duli permaisuri baginda, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud.Keberangkatan tiba baginda berdua di sambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan beserta isteri Raja Datin Hjh Salbiah Tengku Nujumuddin.Ucapan merafak sembah Menteri Besar, beliau melafazkan rasa syukur kerana majlis yang dianjurkan saban tahun oleh kerajaan ini merupakan manifestasi serta keazaman untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai tunggak penting dalam setiap aktiviti yang dijalankan bagi membangunkan negeri ke tahap yang lebih tinggi.“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ yang menjadi tema tahun ini, amat bertepatan dengan usaha kerajaan yang sentiasa komited dan konsisten dalam menyatupadukan ummah dan bagi menghadapi cabaran global yang melanda umat Islam itu sendiri.” Ujar beliau.Beliau turut menyeru agar umat Islam mempertingkatkan pengetahuan agama dan memelihara Islam serta merapatkan saf-saf ummah pada setiap waktu menjadi benteng pertahanan apabila musuf kafir datang memerangi, umat Islam tidak gentar berjuang fisabilillah.Keputusan tilawah kali ke-55, bagi kategori remaja lelaki, tempat pertama membawa pulang, sijil penyertaan, hadiah iringan, menerima piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM2,000 dimenangi oleh adik Zainur Irshadi Zainal dari Jempol, tempat kedua membawa pulang sijil penyertaan, hadiah iringan dan wang tunai sebanyak RM1,500 dimenangi oleh adik Mohd Furqan Fawas Hj Salleh Thani dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Mohd Hazwan Hamdan, membawa pulang, sijil penyertaan, hadiah iringan dan wang tunai sebanyak RM1,000.Hadiah bagi kategori remaja perempuan pula adalah sama sepeti kategori remaja lelaki. Johan ialah adik Husna Saifulzaman dari Daerah Seremban. Tempat kedua dimenangi oleh Afifah Syukriah Abd Ghani dari Daerah Jelebu dan tempat ketiga ialah adik Dayangku Siti Normariam Awang Ahmad dari Daerah Port Dickson.Bagi kategori dewasa lelaki, Johan dimenangi oleh En. Abdul Hanis Mohd Daud, guru J-Qaf, Jelebu. Beliau menerima piala pusingan, wang tunai sebanyak RM5,000 dan tiket menunaikan fardu haji. Naib johan ialah En. Mohd Fairuz Husin, Jempol dan menerima wang tunai sebanyak RM4,000 dan tempat ketiga ialah En. Mohd Hazmi Hamdan, Port Dickson, membawa pulang RM3,000. Bagi kategori perempuan, Johan ialah Puan Hjh Noorliza Tajudin, guru KAFA, Rembau turut menerima wang tunai berjumlah RM5,000, tiket menunaikan haji dan piala pusingan. Naib Johan menerima RM4,000 di menangi oleh Pn Juriah Hussain, Seremban dan tempat ketiga ialah Pn Hjh Maimon Hj Harun, Seremban menerima wang tunai berjumlah RM3,000.Turut hadir, Johan Tilawah Al-Quran kali ke-54 Peringkat Negeri Sembilan dan peringkat kebangsaan 2011, Tn Hj Amirahman Abas.Hadir sama, YTM Dato’ Undang Yang Empat dan YTM Tunku Besar Tampin, Sohibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohd Yusoff Hj Ahmad, Dato’ Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, En Johani Hassan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.Sumber: www.n9kini.com