Khamis, 23hb Mei 2013
2012 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 2012.
SEREMBAN, 22 Mei - Seramai lebih kurang10,000 orang guru termasuk Pengetua dan Guru Besar dari seluruh Negeri Sembilan di raikan dalam majlis penuh meriah bersempena Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam tadi. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir bagi menyempurnakan majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan untuk kali ketiga pada tahun ini. Hadir sama, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin dan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Dato’ Abdul Halim Abdul Razak.Di dalam majlis tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan anugerah lonjakan Akademik UPSR, PMR, SPM dan STPM. Selain itu, beliau turut menyampaikan anugerah kepada para guru cemerlang dan untuk tahun ini, Dato’ Haji Azam Bin Haji Md Atan telah terpilih sebagai Tokoh Guru 2012.Turut hadir,Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mat Ali Bin Hassan, Exco Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Yunus Bin Rahmat dan Exco Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Dato’ Haji Mohammad Razi Bin Haji Kail.