Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Selasa, 18hb Jun 2013  

Program Kembara Psikologi JPA Zon Selatan 2012.

 


Kembara Psikologi JPA Zon Selatan 2012 telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Program yang bertemakan ‘Psikologi Untuk Semua’ ini diadakan bagi memantapkan cara gaya pemikiran dalam pembangunan modal insan pegawai perkhidmatan awam dan masyarakat setempat melalui pendekatan psikologi. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada Pegawai Psikologi memperkayakan pengalaman serta mengasah kemahiran dan kompetensi dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Program yang berlangsung selama sehari ini telah diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya, Klinik Kaunseling, Program Motivasi Pelajar, Program Bersama Masyarakat Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal dan OKU, Program Khas Suri Rumah, Program Bersama Penjawat Awam dan Program Bersama Masyarakat Setempat.
Turut hadir Y.Bhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan), Tuan Haji Ibrahim bin Hassan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pembangunan), Y.Bhg. Dato’ Haji Tahar bin Haji Sudin.
Program diakhiri dengan pelepasan Kembara Psikologi JPA Zon Selatan 2012 ke Melaka oleh kedua-dua Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. [Lihat Gambar]

 
Dikemaskini pada 8 Mei 2012
Jumlah Capaian : 85111

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my