Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Khamis, 20hb Jun 2013  

Majlis Mesra Rakyat Dan Pelancaran Kempen Kesedaran Sayangi Warga Emas.

 


SIKAMAT : 24 Mac – Nasib seluruh warga emas di Negeri Sembilan hari ini akan terbela setelah kerajaan telah  menyediakan peruntukan RM1.4 bilion tahun ini untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, termasuk warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
Sebanyak RM478 juta daripada jumlah itu diperuntukkan khas untuk membantu kira-kira 135,000 warga emas di seluruh negara melalui bantuan bulanan RM300.
Namun, tugas menjaga dan membantu golongan tua  ini tidak harus diletakkan pada kerajaan sepenuhnya, sebaliknya anak-anak sendiri wajib bertanggungjawab kerana mereka inilah yang dahulunya telah menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.
Walaupun ini adalah satu tanggungjawab yang besar kepada kita tetapi kita seharusnya mengenang budi mereka kerana ini merupakan satu nilai yang begitu tinggi dan sebolehnya cubalah sedaya upaya dan ikhtiar agar ibubapa kita tidak berseorangan di rumah warga emas tetapi dapat  tinggal bersama-sama dengan kita.
Demikian ucap Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak pada majlis mesra rakyat dan melancarkan kempen kesedaran Sayangi Warga Emas peringkat negeri di Padang Awam Desa Rhu, Sikamat bersempena lawatan kerja sehari beliau di Negeri Sembilan, hari ini.
Hadir sama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim; ADUN Bagan Pinang, Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Abdul Samad; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Ketua UMNO bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Tn Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Sementara itu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, kempen ini dilancarkan bagi memberi kesedaran kepada kita kerana sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes di mana  ibubapa ditinggalkan, terbiar dan tidak mendapat pembelaan.
“Anak-anak dan keluarga harus memberi komitmen dalam menyayangi ibubapa dan memberi mereka peluang untuk sama-sama menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka bersama keluarga sementara masih hidup,” ujar beliau.
Beliau berharap, kempen ini akan membuka mata masyarakat  di Negeri Sembilan dan dapat menyakinkan generasi muda bahawa menyayangi warga emas adalah tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh setiap individu. [Lihat Gambar]

Sumber: www.n9kini.com

 
Dikemaskini pada 25 Mar 2012
Jumlah Capaian : 102329

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my