Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Jumaat, 24hb Mei 2013  

2012 Mac - Majlis Penutup Projek Rintis Perkhidmatan Psikologi Derah Seremban dan Jelebu.

 


SEREMBAN, 16 Mac – Perlaksanaan projek rintis perkhidmatan psikologi di daerah Seremban dan Jelebu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bermula pada 12 September 2011 (Isnin) sehingga 9 Mac 2012 (Jumaat). Seramai tiga (3) orang Pegawai Psikologi telah ditempatkan secara pentadbiran di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban manakala dua (2) orang Pegawai Psikologi di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.
Kajian Bahagian Pengurusan Psikologi , Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan responden berhubung isu-isu dan permasalahan psikologi yang diperhatikan di daerah Seremban dan Jelebu. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai pandangan responden berhubung keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Dalam masa yang sama, amalan-amalan sistem sedia ada di agensi-agensi kerajaan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling turut dinilai. Kajian ini adalah berdasarkan tinjauan.
Untuk itu, Majlis Penutup Projek Rintis Perkhidmatan Psikologi Daerah Seremban Dan Jelebu ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat.
Turut hadir ke majlis tersebut, YBhg. Dato’ Dr. Ismail Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Dato’ Tahar bin Sudin, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri II (Pembangunan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. [Lihat Gambar]

 
Dikemaskini pada 18 Mar 2013
Jumlah Capaian : 101388

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my