Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Khamis, 20hb Jun 2013  

Sidang Akhbar Karnival ICT NS 2011

 

SEREMBAN, 16 NOV - Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival ICT Negeri Sembilan 2011 pada 25 hingga 27 November 2011 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Menteri Besar Negeri Sembilan dalam sidang akhbarnya menyatakan bahawa karnival ini diadakan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kerajaan Negeri yang berasaskan ICT. Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri, Rangkaian Minang (NS) Sdn Bhd selaku One Stop ICT Implementation Agency (OSA) akan bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Telekom Malaysia (TM).

Selain daripada itu, karnival ini juga adalah bertujuan untuk melancarkan Pelan Strategik Teknologi Maklumat Negeri (ISP) yang merupakan blueprint atau kertas dasar Kerajaan Negeri. Ini merupakan langkah permulaan untuk mencapai visi Kerajaan Negeri ke arah e-Connected State. Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan SKMM, MDeC dan MOSTI supaya semua projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan.

 

 

 

 
Dikemaskini pada 14 Feb 2012
Jumlah Capaian : 169978

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my