Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Rabu, 19hb Jun 2013  

Perhimpunan Bulan Y.B.SUKNS Bulan Oktober

 


SEREMBAN, 17 OKT - Majlis Perjumpaan YB. SUKNS Bersama Pegawai dan Kakitangan Pejabat SUKNS bagi bulan Oktober 2011 telah diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, dan telah dihoskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.  Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), En.Mohd Saleh bin Abd Jabbar telah mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Y.B.Dato' Haji Mat Ali bin Hassan menghadiri perhimpunan bulanan pada kali ini. Beliau telah menyampaikan amanatnya di dalam perhimpunan tersebut kepada semua warga SUKNS yang hadir agar sentiasa komited dalam semua tugas yang dijalankan. Turut dimuatkan Persembahan Multimedia yang memaparkan pencapaian-pencapaian yang dirangkul oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sepanjang tahun ini. Turut hadir ke perhimpunan tersebut, Pegawai-pegawai dari MAMPU bersempena dengan Lawatan Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 20 Oktober ini.

 

 

 
Dikemaskini pada 17 Okt 2011
Jumlah Capaian : 177050

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my