Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Sabtu, 18hb Mei 2013  

Majlis Berbuka Puasa Masjid Qariah Kg.Chennah

 

JELEBU : 11 Ogos – Fadhilat dan keberkatan bulan Ramadhan sesungguhnya tiada bandingan apatah lagi apabila dilalui dengan keadaan aman, makmur dan sejahtera seperti yang dikecapi di Negara ini.

Rakyat semestinya mensyukuri di atas segala rahmat dan rezeki yang dinikamati sambil mengambil iktibar kepada Negara Islam yang lain seperti di Afrika yang dilanda kebuluran dan juga di Timur Tengah yang bergolak dengan kancah peperangan samada sesama sendiri atau diperangi oleh kuasa asing terutamanya dari rejim zionis Israel.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan menyatakan demikian ketika berucap pada ’Majlis berbuka Puasa dan Ihya’ Ramadhan Peringkat Daerah Jelebu’ di Masjid Kariah Kg. Chenah malam tadi.

“Negara Islam terus dicurigai oleh kuasa besar dan mereka tidak akan senang hati jika ada Negara Islam yang boleh berdikari dan berjaya, termasuklah Negara Malaysia yang kini sedang dicuba serta diduga untuk di pecah belahkan” ujar Menteri Besar.

Negara Malaysia yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum cuba disogokkan dengan isu-isu sensitif yang boleh dijadikan punca berlakunya perpecahan yang selama ini terjalin dengan niat menghuru-harakan keamanan yang dinikmati ketika ini.

Orang Melayu dan Agama Islam diduga dengan pelbagai cara sehingga Agama rasmi ini cuba dipesongkan, orang Islam mahu dibawa ke Agama lain oleh sesetengah pihak sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan bahawa tidak boleh mana-mana pihak atau badan melakukan perkara tersebut dan ianya adalah menyalahi undang-undang Negara ini.

Menteri Besar dengan tegas berkata, “Agama Islam sebagai Agama mesti dihormati dan kita sebagai orang Melayu beragama Islam mesti menangani juga menentang apa saja bentuk gangguan yang menyentuh kesucian Agama, bangsa dan Negara kita”.

Orang Melayu di nasihatkan supaya berhenti dari terus menerus bersengketa sesama sendiri, sebaliknya bersatu dan berpadu tenaga bagi memastikan tidak terjadi nanti Negara ini yang majarotinya orang Melayu tetapi diperintah oleh kaum minoriti yang mana pasti akan merugikan bangsa dan Agama.

Majlis berbuka puasa ini jelas memperlihatkan ikatan setia kawan berbilang bangsa yang di terapkan dalam kempen ‘1 Malaysia’ apabila turut disertai oleh rakan dari kaum Cina iaitu dari kepimpinan JKKK dan Dato’ Siow Chen Pin, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam.

Di majlis ini Menteri Besar turut menyampaikan bantuan kepada 127 orang asnaf fakir miskin dan kepada 15 buah Masjid sekitar daerah Jelebu dengan jumlah keseluruhan bantuan RM123,600-00.

Turut disampaikan juga menyampaikan sumbangan RM500-00 dari Kementerian Belia dan Sukan kepada lima persatuan belia bagi menjalankan aktiviti tadarus sempena bulan puasa ini.

Hadir sama Dato’ Hj. Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Dato’ Hj. Razak Mansor, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Pertang.

Sumber: www.n9kini.com



 
Dikemaskini pada 15 Ogos 2011
Jumlah Capaian : 189007

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my