Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Sabtu, 25hb Mei 2013  

Majlis Perasmian Hari Veterinar Tahun 2011

 

PAROI, 26 Julai - Sambutan hari Veterinar yang merupakan kali yang ke-17 tahun ini, disambut bertujuan untuk sama-sama melihat sejauh mana kesan daripada usaha yang dibuat selama ini sebagai sebuah badan yang menjadi peneraju dalam Industri ternakan Negara. Majlis Perasmiannya telah diadakan di Tapak Bekas Kem Paroi, Seremban dan telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Sambutan Hari Veterinar disambut di seluruh Negara pada tahun ini dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan menyambut hari tersebut bersama-sama dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011. Sambutan Hari Veterinar tahun ini menjurus kepada menarik minat serta meningkatkan penglibatan belia dan beliawanis dan pengusaha dalam pembangunan industri ternakan. Ini merupakan satu pendekatan yang sungguh baik dan proaktif memandangkan kebanyakan penternak-penternak masa kini telah pun menjangkau usia lanjut dan amat kurang penglibatan belia-belia dalam bidang penternakan. Di dalam majlis tersebut, Y.A.B. Menteri Besar turut menyampaikan sijil-sijil kepada penerima Skim PINTAF 2011, di mana pada tahun 2011 ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah melalui peruntukan pembangunan Negeri telah mengagihkan sebanyak 395 ekor lembu pedaging, 70 ekor lembu tenusu, 410 ekor kambing dan 380 ekor bebiri kepada 137 orang penternak yang berjaya dalam proses pemilihan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.94 juta. Pada tahun ini sejumlah 942 orang memohon untuk mendapatkan bantuan ternakan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Program PINTAF 2011. Y.A.B. Menteri Besar juga turut melawat tapak pameran yang telah disediakan. Hadir sama, Y.B. Dato' Hj. Yunus bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Y.B. Dato' Hj. Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. 

 

 
Dikemaskini pada 27 Jul 2011
Jumlah Capaian : 195798

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my