Majlis Perjumpaan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan Pegawai dan Kakitangan Pejabat SUKNS

SEREMBAN, 30 Jun - Majlis Perjumpaan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan Pegawai dan Kakitangan Pejabat SUKNS diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri yang telah dihoskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat SUKNS. Majlis ini dimulakan nyanyian lagu Negaraku, Peneraju Wawasan dan Bongai Budu Landai oleh Kumpulan Koir Pejabat SUKNS. YB. Dato’ Haji Mat Ali bin Hassan telah menyampaikan amanatnya kepada kakitangan Pejabat SUKNS.
Majlis diteruskan dengan penyerahan Buku Dasar-Dasar Utama dan Pencapaian Negeri Sembilan 2010 oleh Puan Nor Azizah binti Yusof, Timbalan Pengarah (Macro), UPEN kepada YB Dato’ Haji Mat Ali bin Hassan. Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan adalah penyampaian Sijil Penghargaan KIK kepada Kumpulan Hybrid dan penyampaian Hadiah Sukan Antara Unit Pejabat SUKNS yang dijuarai oleh Kumpulan Waja. Pengisian majlis diikuti dengan sesi ceramah yang bertajuk “ Diri Hebat, Kerja Kuat, Rezeki Berkat ” yang disampaikan oleh Y. Bhg Ust. Norzaman Amat, Ketua Eksekutif, Pusat Kaunseling MAINS.