Reset 1 2 3 4 5 

  refreshA A A Merah Biru hijau   

header_portal_NS
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Rabu, 19hb Jun 2013  

AB 20110623 - Konvensyen KIK 2011

 

 

SEREMBAN, 23 Jun - Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan ke-23 Tahun 2011 telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 22 - 23 Jun 2011. Acara tahunan ini telah mendapat penyertaan sebanyak 12 kumpulan yang mewakili jabatan-jabatan di  Negeri Sembilan. Konvensyen ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori pengurusan dan kategori teknikal. Hadiah telah disampaikan oleh YB. Dato' Hj. Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.  Kategori pengurusan telah dimenangi oleh Kumpulan Hybrid daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan projek kelewatan memproses bantuan kemasyarakatan.  Kumpulan Progresif & Dedikasi daripada Balai Bomba & Penyelamat Telok Kemang, Port Dickson pula memenangi kategori teknikal dengan projek kelewatan menyediakan papan maklumat semasa operasi. Pemenang kedua-dua kategori menerima piala pusingan, piala iringan dan wang tunai sebanyak RM 2,500.00.

 
Dikemaskini pada 14 Jul 2011
Jumlah Capaian : 212509

Hakcipta Terpelihara 2010 © Kerajaan Negeri Sembilan
| Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Soalan Lazim | Peta Laman


PENAFIAN : Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Mozilla Firefox Ver. 3.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum
 divider

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052
Faks : 606-7673728
E-mel: korporatsukns[at] ns.gov.my