Rabu, 19hb Jun 2013
AB 20110319 - Program "Bincang, Bina dan Semarakkan Perkhidmatan Awam"
SEREMBAN, 19 Mac - Kelab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah mengadakan Program "Bincang, Bina dan Semarakkan Perkhidmatan Awam". Program yang telah dilaksanakan dari semalam telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti perlawanan persahabatan antara kakitangan-kakitangan dari Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dalam sukan bola sepak, bola tampar, badminton, pingpong dan futsal. Turut diadakan Perlawanan Golf Persahabatan yang disertai oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Haji Mat Ali bin Hassan dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Y.Bhg.Dato'Dr Ismail bin Alias serta pegawai pegawai negeri dan persekutuan. Pada malam tadi, satu Majlis Makan Malam & Sesi Dialog Bersama Y.Bhg.Dato' Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) yang diadakan di Hotel Alson Klana, Seremban.