|
Dengan kelebihan dan faedah yang disebutkan di atas (A5), kerajaan Negeri Sembilan mampu:
· Mengakses aplikasi berkaitan dengan lebih pantas dan teratur.
· Berhubung dan berurusan dengan jabatan-jabatan lain dalam Kerajaan Negeri dengan lebih baik dan pantas.
· Memantau dan mengurus rangkaian infrastruktur ICT Kerajaan Negeri dengan lebih cekap, berpusat dan terjamin selamat.
· Mengawal sebarang ancaman virus dengan lebih baik menerusi pemasangan perisian anti-virus yang seragam.
· Meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri dengan jaminan perkhidmatan rangkaian yang mampu menampung keperluan operasi harian
· Meningkatkan imej Kerajaan Negeri dengan memberikan perkhidmatan yang cekap dan terurus kepada rakyat Negeri Sembilan.
· Menjadi pemangkin kepada perancangan dan pembangunan ICT Kerajaan Negeri.
Negeri Sembilan merupakan negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan projek ini yang menggabungkan rangkaian Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. |