Soal Selidik Audit Sistem Aplikasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
MAKLUMAN
Tuan / Puan,
- Soal Selidik ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan sistem aplikasi yang telah dibangunkan oleh Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan dilaksanakan di pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Sebanyak tiga(3) sistem aplikasi yang telah dipilih bagi tujuan penilaian audit aplikasi ini seperti berikut:
- Sistem Punch Card.
- Sistem JKS.
- Sistem ePENS.
- Kriteria pemilihan sistem adalah sistem aplikasi tersebut telah dilaksanakan di jabatan melebihi tempoh enam (6) bulan dan melibatkan pelbagai pengguna dari pelbagai jabatan dan agensi.
- Sebarang pertanyaan mengenai soal selidik ini, tuan/puan boleh menghubungi Pegawai UPTM yang bertanggung jawab ke atas sistem yang terlibat.