MPKK Bantuan Raya
Seremban, 23 Mei 2020 (Korporat SUKNS)-Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta pegawai masjid di seluruh Negeri Sembilan bakal menerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM200 daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan tersebut sebagai usaha menghargai kumpulan ini yang juga merupakan nadi utama masyarakat.

Bantuan untuk MPKK melibatkan 866 Pengerusi MPKK dan Setiausaha MPKK yang telah berkhidmat sehingga 30 April lepas termasuk juga Pengerusi MPKK dan Setiausaha MPKK yang telah menerima surat lantikan baharu.

Pegawai masjid melibatkan 603 orang Imam, 294 Bilal Satu, 298 Siak Satu dan 292 pembantu am wanita masjid seluruh Negeri Sembilan akan menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri dengan peruntukan RM200 setiap penerima.

Sebanyak RM520,000 telah diperuntukan untuk bantuan ini dan bantuan ini akan diagihkan kepada bakal penerima dalam minggu ini, sebelum Hari Raya Aidilfitri 1441H.

 


Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive
 
 
Facebook
YouTube
Mobile
RSS
Statistic
Email