Tuanku Muhriz Berkenan Cemar Duli Menderma Darah
Seremban, 25 April 2020 (UKIK) - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir hari ini berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Program Derma Darah yang berlangsung di Istana Hinggap.

Pejabat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan turut mencemar duli ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta program itu juga dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Razali Ab Malik.

Program Derma Darah itu adalah bagi membantu menambah bekalan darah di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban selain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya di Negeri Sembilan akan pentingnya menderma darah untuk menyelamatkan nyawa.

Program Derma Darah yang dianjurkan Pejabat Yang di-Pertuan Besar dan terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan Istana Negeri Sembilan, dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan HTJ.

Program berjaya mengumpul sebanyak 30 beg darah bagi kegunaan Pusat Perkhidmatan Darah HTJ.


Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive
 
 
Facebook
YouTube
Mobile
RSS
Statistic
Email