Negeri Sembilan Had Tempoh Waktu Operasi Perniagaan
Seremban, 24 Mac 2020 (UKIK) - Semua premis makan, restoran, gerai makan tepi jalan dan perniagaan kenderaan saji di Negeri Sembilan hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga 8.00 malam berkuat kuasa Selasa ini sehingga 31 Mac depan.

Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata turut dihadkan operasi perniagaan ialah semua pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka termasuk yang beroperasi 24 jam.

Semua stesen minyak, termasuk kedai serbaneka di dalam stesen itu dibenarkan beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 8.00 malam manakala semua pasar awam dibenarkan beroperasi mulai pukul 6.00 pagi sehingga 12 tengah hari.

Semua pasar malam, pasar tani dan dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi. Penyelarasan jadual operasi premis perniagaan ini berkuatkuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Aminuddin berkata peruntukan RM100,000 yang diterima daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah di semua daerah di negeri ini akan diagih dalam masa terdekat.

Kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberi peruntukan tambahan khas RM100,000 sebagai bantuan kepada petugas dan keperluan lain semasa penularan COVID-19 ini.

Dalam pada itu, beliau berharap semua rakyat di negeri ini memberikan kerjasama dengan mengikut segala arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.


Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive
 
 
Facebook
YouTube
Mobile
RSS
Statistic
Email