Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
PORT DICKSON, 6 Mac 2020 - Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz yang dirasmikan mampu menjana sejumlah 2,000 megawatt (MW) tenaga elektrik, sekali gus meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga di Semenanjung Malaysia kepada 25,981 MW.

Stesen bernilai RM12 bilion berkeluasan 257 ekar yang sebelum ini dikenali sebagai Stesen Janakuasa Jimah East Power itu, dimiliki 70 peratus oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) manakala baki 30 peratus milik dua syarikat Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dan Chugoku Electric Power dengan pegangan masing-masing sebanyak 15 peratus.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir hari ini berkenan merasmikan stesen itu di Jimah, di sini, yang telah beroperasi sepenuhnya pada 27 Disember tahun lepas.

Turut mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama kedua-dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Setiausaha Kerajaan YB Dato’ Dr. Razali Ab Malik dan Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie.

Stesen yang mula dibina pada 2015 adalah ketiga milik TNB menggunakan teknologi Ultra Super Critical (USC) dan turut menyumbang kepada kestabilan sistem grid nasional. Dua lagi adalah di Manjung 4 dan Manjung 5 di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah di Lumut, Perak. Unit pertama stesen ini (Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz) telah mula beroperasi pada 22 Ogos tahun lepas. Penggunaan teknologi USC menjadikan stesen-stesen TNB ini antara stesen janakuasa arang batu paling efisien di rantau ini. Ia melibatkan penggunaan teknologi pembakaran arang batu dengan kecekapan sebanyak 40 peratus berbanding 36 peratus pembakaran loji janakuasa arang batu secara konvensional.

Malah, Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz turut dilengkapi kemudahan jeti bagi membolehkan kapal kargo besar jenis Capesize berlabuh. Kapal Aveanna yang berkapasiti berat muatan 200,000 Dead Weight Tonnage (dwt) yang membawa arang batu seberat 165,950 tan metrik dari Indonesia menjadi kapal pertama berlabuh di Jeti Pemunggah Arang Baru Jimah East Power.

Pembinaan projek kemudahan itu bukan setakat berupaya menarik pelabur serta meningkatkan aktviti ekonomi, malah dapat mewujudkan pelbagai pekerjaan untuk kalangan penduduk tempatan.


Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive
 
 
Facebook
YouTube
Mobile
RSS
Statistic
Email