Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Jb Mampu Jadi Pemangkin Pembangunan Di Tampin
TAMPIN, 6 Feb 2020 - Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) yang dijangka siap menjelang Oktober 2021, mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi penduduk di daerah Tampin dan kawasan sekitarnya.

Infrastruktur awam darat ini secara tidak langsung akan meningkatkan kesejahteraan ekonomi serta sosial selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat setempat.

“Projek bernilai RM8.9 bilion di bawah Kementerian Pengangkutan ini bakal menyaksikan landasan Gemas menghubungkan bandar Segamat, Kluang, Labis, Bekok, Paloh, Renggam, Layang-Layang, Mengkibol, Kulai dan Kempas Baru.”

Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020 di sini, pada Isnin.

Pada majlis itu, kira-kira 2,000 pengunjung terdiri pelbagai bangsa menghadiri majlis itu yang turut disertakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, persembahan bunga api selain disajikan pelbagai juadah lazat.


Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive
 
 
Facebook
YouTube
Mobile
RSS
Statistic
Email