NS Fest 2019 di Dataran Nilai
Seremban, 23 November 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada kesemua 3,600 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri, yang akan dibayar sekaligus pada Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2020 bertemakan ‘Melestari Ekonomi, Menyejahtera Rakyat’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini akan memberikan dorongan dan galakan kepada penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan lebih dedikasi dan cemerlang pada masa akan datang. Berusahalah dengan lebih gigih lagi untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, penjawat awam negeri ini turut menerima berita baik apabila kerajaan negeri turut memperkenalkan inisiatif pinjaman sifar faedah membabitkan pinjaman kenderaan dan komputer, yang akan dilaksanakan tahun hadapan.


Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive