NS Fest 2019 di Dataran Nilai
Seremban, 26 November 2019 (Korporat SUKNS) - Akaun Hasil Disatukan kerajaan Negeri Sembilan mencatatkan lebihan semasa berjumlah RM0.14 juta kepada RM26.45 juta pada 2018 berbanding RM26.31 juta pada 2017 menurut Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

Menurut laporan , pengauditan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Sembilan 2018 mendapati baki Akaun Hasil Disatukan pada akhir 2018 berjumlah RM369.30 juta berbanding RM342.85 juta pada akhir 2017. Secara keseluruhannya, baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2018 ialah RM687.76 juta, menurun sebanyak RM38.20 juta berbanding RM725.96 juta pada akhir tahun 2017.

Analisis Audit berdasarkan kepada Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah stabil.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata berkenaan telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Nov lepas setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seterusnya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir untuk dibentang di Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.

Selain itu, laporan itu turut menyebut jumlah hutang awam kerajaan Negeri Sembilan mencatatkan penurunan RM0.78 juta kepada RM936.76 juta berbanding RM937.54 juta pada 2017. Tunggakan bayaran balik hutang awam oleh kerajaan negeri pada tahun 2018 ialah RM276.48 juta.

Sementara itu, Laporan Ketua Audit Negara juga menyebut setakat 30 Ogos lepas, 10 daripada 14 penyata kewangan Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun berakhir 31 Dis, 2018 telah diaudit selaras dengan Seksyen 5(1)(c) Akta Audit 1957.


Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive