NS Fest 2019 di Dataran Nilai
Nilai, 23 Oktober 2019 (Korporat SUKNS) - Buat julung kali Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan akan digabungkan dengan program Bulan Usahawan Negeri Sembilan dan program baharu Food Fest Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Fest 2019. Objektif penganjuran NS Fest 2019 ialah ke arah mewujudkan satu 'programme branding' yang sinonim dengan Negeri Sembilan yang mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk negeri ini, malah juga dari negeri-negeri lain akan diadakan di Dataran Nilai, Nilai dari 17 hingga 20 Oktober.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata NS Fest 2019 adalah karnival terbesar di Negeri Sembilan yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung melibatkan sebanyak 226 gerai jualan dan pameran.

Selain gerai jualan dan pameran, aktiviti lain ialah Forum Perdana, pertandingan masakan, persembahan artis jemputan, persembahan kumpulan dram dan gendang, demonstrasi masakan, program santai seperti 'buskers' dan 'hot air balloon' serta temuduga di bawah Jobs Malaysia.

Selain 51 jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, turut mengambil bahagian pada NS Fest 2019 antaranya ialah 60 orang usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), 60 orang usahawan Industri Asas Tani (IAT) serta 60 orang pengusaha makanan tradisional.

Usahawan PKS yang terlibat dalam NS Fest 2019 adalah merangkumi sektor pemakanan, perkhidmatan, tekstil dan peruncitan, manakala usahawan IAT mengkhususkan jualan buah-buahan, sayur-sayuran, bahan basah dan 'nursery'.

Penganjuran NS Fest 2019 ini adalah sebagai salah satu landasan kerajaan negeri untuk membangunkan, merakyatkan dan memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan kerajaan di negeri ini.


Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive