Dalam menyediakan kemudahan asas kepada rakyat di negeri ini sememangnya menjadi fokus utama Kerajaan Negeri. Limpahan nikmat pembangunan itu perlu dinikmati oleh rakyat keseluruhannya terutama dari aspek penyediaan tempat tinggal. Tidak dinafikan, pembangunan yang pesat di Negeri Sembilan telah menyebabkan harga rumah di negeri telah melambung tinggi. Sebagai kerajaan yang perihatin dengan permasalahan rakyat dan sentiasa berusaha mencari jalan terbaik bagi penyelesaian masalah, usaha kerajaan negeri melaksanakan Dasar Perumahan Baru di Negeri Sembilan amat tepat pada langkahnya dalam kemelut keadaan masa kini. Tindakan berani yang diusahakan amat menjurus kepada keperluan rakyat itu sendiri yang kini berdepan dengan kos yang melambung tinggi untuk mendapatkan tempat tinggal terutamanya untuk membeli rumah di kawasan bandar. Amat jelas langkah yang diperkenalkan ini merupakan suatu jaminan kepada masyarakat bahawa dalam setiap pembangunan perumahan, pastinya komponen rumah mampu milik akan dibina dan disediakan untuk rakyat Negeri Sembilan.

Umum dijelaskan bahawa Dasar Perumahan Negeri Sembilan itu merupakan dasar intervensi kerajaan supaya industri perumahan di Negeri Sembilan dapat ‘ditenangkan’ kerana isu perumahan itu termasuklah hal berkaitan harga telah menjadi perbualan rakyat kerana sudah berada di luar kemampuan untuk memilikinya.

Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil kira beberapa isu utama yang menyentuh isu pembelian rumah dan kerajaan Negeri Sembilan sememangnya tidak mahu lagi melihat rakyat apabila balik ke rumah dan masuk tidur dengan perut yang kosong; ke duanya kerajaan tidak mahu lagi melihat rakyat bersempit, tidak mampu memiliki rumah serta mengetepikan elemen ‘rumah mampu tengok kepada rumah mampu milik’.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Sembilan telah menetapkan pemaju perumahan perlu membina rumah teres mampu milik “Type A’ berkuat kuasa 4 Januari 2017.

Empat komponen di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan telah digariskan iaitu:-

  1. Komponen pembangunan dan harga rumah.
  2. Komposisi pembangunan perumahan.
  3. Keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan kuota bumiputera.

Dalam dasar itu, daripada 50 peratus pembangunan dan perumahan mampu milik ini, kerajaan negeri telah menetapkan beberapa perkara penting seperti:-

  1. 15% daripadanya hendaklah dijual pada harga tidak melebihi RM80,000.
  2. 15% tidak melebihi RM250,000.
  3. 20% pada kadar RM400,000.
  4. Kuota bumiputera ditetapkan sebanyak 50% (30% daripadanya kekal sebagai pemilikan bumiputera).
  5. 20% kuota anjalan (mereka yang membelinya boleh melepaskan rumah itu dalam tempoh antara lima hingga lapan tahun yang ditetapkan).

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive