Sekapur Sireh
Perlembagaan
Mengenai MBJ
Keanggotaan

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanan-Nya, Laman Web MBJ dapat disediakan sebagai platform utama kepada warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyalurkan maklumat dan cadangan penambahbaikan serta usaha yang berterusan untuk memastikan setiap proses dan prosedur kerja serta kebajikan warga akan terus terpelihara.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar platform yang disediakan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin yang mana bagi memanfaatkan mekanisma MBJ untuk menyuarakan apa jua pendapat demi kebaikan bersama pekerja dan pihak pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Sekian, terima kasih.

AHMANSAH BIN AHMAD
Pengerusi Majlis Bersama Jabatan Sesi 2018/2019

Keahlian

1.

Majlis Bersama Jabatan Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan, Negeri Sembilan Darul Khusus (selepas ini disebut sebagai 'Majlis') hendaklah mengandungi 34 ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha. Seramai 17 ahli dilantik oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan, Negeri Sembilan Darul Khusus (selepas ini disebut 'Pihak Pegawai') dan 17 ahli yang dipilih oleh Kesatuan Sekerja dan Persatuan-Persatuan Kakitangan atau pekerja-pekerja itu sendiri (selepas disebut sebagai 'Pihak Pekerja').

Pihak Pegawai

2.

Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus seperti berikut:-

 

2.1

Y.B. Setiausaha Kerajaan

-

Pengerusi

 

2.2

Timbalan Setiausaha Kerajaan I (Pembangunan)

-

Ahli

 

2.3

Timbalan Setiausaha Kerajaan II (Pengurusan)

-

Ahli

 

2.4

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
(Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

-

Setiausaha

 

2.5

Timbalan Pengarah I
Unit Perancang Ekonomi Negeri

-

Ahli

 

2.6

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
(Dewan Undangan Negeri)

-

Ahli

 

2.7

Timbalan Pengarah II
Unit Perancang Ekonomi Negeri

-

Ahli

 

2.8

Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

-

Ahli

 

2.9

Pengarah Badan Kawal Selia Air

-

Ahli

 

2.10

Pengarah Majlis Sukan Negeri

-

Ahli

 

2.11

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
(Khidmat Pengurusan)

-

Ahli

 

2.12

Ketua Penolong Setiausaha
(Unit Kerajaan Tempatan)

-

Ahli

 

2.13

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
(Perumahan)

-

Ahli

 

2.14

Ketua Penolong Setiausaha
(Unit Integriti dan Kualiti)

-

Ahli

 

2.15

Ketua Penolong Setiausaha
(Unit Pengurusan Majlis dan Protokol)

-

Ahli

 

2.16

Ketua Penolong Setiausaha
(Unit Korporat)

-

Ahli

 

2.17

Ketua Penolong Setiausaha
(Unit Penyelidikan dan Pembangunan, UPEN)

-

Ahli

Pihak Pekerja

3.

Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada kakitangan Gred 44 ke bawah yang bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Semua ahli bagi Pihak Pekerja dilantik oleh Kesatuan Sekerja dan Persatuan-Persatuan Kakitangan atau pekerja-pekerja itu sendiri melalui Majlis Pelantikan yang diadakan setiap dua (2) tahun sekali. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus dan diluluskan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.

4.

Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah diisi oleh calon-calon daripada Kesatuan / Persatuan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri melalui kaedah pengundian.

5.

Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik / dipilih.

Pegawai-pegawai Majlis

6.

Pegawai-pegawai Majlis terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.

Tujuan

7.

Tujuan Majlis adalah :-

 

(a)

untuk mendapatkan kerjasama yang meluas di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus dengan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji di dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan;

 

(b)

untuk menjadi forum bagi menguruskan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja; dan

 

(c)

untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pihak pekerja.

Bidang dan Fungsi

8.

Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut:

 
(i)

membincangkan dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja pegawai dan kakitangan Kumpulan Sokongan kecuali perkara yang berkaitan dengan dasar;

 

(ii)

membolehkan kakitangan Kumpulan Sokongan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat perkhidmatan mereka;

 

(iii)

menggalakkan kakitangan Kumpulan Sokongan mengambil bahagian dalam perbincangan dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran tempat kerja serta kesejahteraan pekerja;

 
(iv)

mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.

Mesyuarat-mesyuarat

9.

Selaras dengan SPP Bil.3 Tahun 2002, Jabatan ini menetapkan mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan setiap tiga (3) bulan sekali.

10.

Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada tujuh (7) ahli Pihak Pegawai dan tujuh (7) Ahli Pihak Pekerja.

11.

Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.

12.

Mesyuarat khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.

Keputusan

13.

Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.

14.

Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan-Jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan atau pun dengan Jabatan-Jabatan lain ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan-Jabatan yang berkenaan atau pun kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pindaan Kepada Perlembagaan

15.

Perlembagaan majlis boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Majlis. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipersetujui dan diluluskan.

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan sebuah medium dua hala iaitu pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja. Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

 

Urusetia MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Pegawai

:

Puan Zakilah Binti Ahmad

No.Tel

:

06-765 9016

E-mail

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Wakil Pengurusan

PENGURUSAN TERTINGGI
YB_SUKNS
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

YB DATO' DR. RAZALI BIN AB MALIK
TINGKAT 5, BLOK A, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: drrazali[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7632041 (T)
TEL: 06-7659911 (P)
FAX: 06-7673728

TSUK(Pembangunan)
TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN (PEMBANGUNAN)

ENCIK MUHAMAD NAHAR BIN HAJI MOHD SIDEK
TINGKAT 5, BLOK D, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: muhamadnahar[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7625934 (T)
TEL: 06-7659950 / 7659951 (P)
FAX: 06-7631397

TSUK(Pengurusan)
TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN (PENGURUSAN)

ENCIK MASRI BIN RAZALI
TINGKAT 5, BLOK A, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: masri.razali[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659922 (T)
TEL: 06-7659923 (P)
FAX: 06-7634043

BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Timbalan Pengarah MAKRO (UPEN)
TIMBALAN PENGARAH (MAKRO)
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI, NEGERI SEMBILAN

PUAN NURHAZELIN BINTI MAKLI
TINGKAT 5, BLOK D, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: nurhazelin[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659952 (P)
TEL: 06-7659950 (P)
FAX: 06-7631397

Timbalan Pengarah SEKTORAL (UPEN)
TIMBALAN PENGARAH (SEKTORAL)
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI, NEGERI SEMBILAN

ENCIK ZAHARI BIN MD AFANDI
TINGKAT 5, BLOK D, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: zahari.afandi[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659956 (T)
TEL: 06-7659951 (P)
FAX: 06-7631397

PENGARAH_UKAS
PENGARAH
UNIT PENSWASTAAN DAN PELABURAN

ENCIK PARDON BIN MUNAWAR
TINGKAT 5, BLOK C, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: pardon[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659085 (T)
TEL: 06-7659087 (P)
FAX: 06-7659089

Pengarah_BKSA
PENGARAH
BADAN KAWAL SELIA AIR NEGERI SEMBILAN

IR. HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI KAMARUDIN
TINGKAT G, BLOK C, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: irhjabdulrazak[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659019 (T)
TEL: 06-7659010 (P)
FAX: 06-7659108

Pengarah UNIT PERUMAHAN
SETIAUSAHA
UNIT PERUMAHAN

ENCIK MOHD FAZLI BIN ABDUL JALIL
TINGKAT 4, BLOK D, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: fazlijalil[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659850 (T)
TEL: 06-7659861 (P)
FAX: 06-7640815

Pengarah UKT
SETIAUSAHA
BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

ENCIK ASRUL EPENDI BIN ABDULLAH
TINGKAT 4, BLOK D, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: asrulependi[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06 - 765 9855
TEL: 06 - 765 9858 / 06 - 765 9856
FAX: 06 - 7659043

BAHAGIAN PENGURUSAN
Pengarah MSN
PENGARAH (MEMANGKU)
MAJLIS SUKAN NEGERI

ENCIK ASRUL EPENDI BIN ABDULLAH
KOMPLEKS SUKAN PAROI,
70400, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: asrulafendi[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-6751102 (T)
TEL: 066786840 (P)
FAX: 06-6751592

Pengarah UPTM
PENGARAH
UNIT PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

PUAN AIDA NORA BINTI ISMAIL
TINGKAT 3, BLOK B, WISMA NEGERI,
70503, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: aidaismail[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659720 (T)
TEL: 06-7659011 (P)
FAX: 06-7627760

Setiausaha Sulit Pej.MB
SETIAUSAHA SULIT KEPADA Y.A.B. MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

ENCIK AZMI BIN ABDUL MANAP
TINGKAT 5, BLOK B, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: azmi.manap[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7622421 (T)
TEL: 06-7659930 (P)
FAX: 06-7631394

KPSU BPSM
SETIAUSAHA
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

ENCIK AHMAD KHAM BIN ABU KASSIM
TINGKAT 5, BLOK D, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: ahmadkham[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659977 (T)
TEL: 06-7659901 (P)
FAX: 06-7634043

KPSU BKP
SETIAUSAHA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

ENCIK NORHISHAM BIN RAHMAT
TINGKAT 4, BLOK A, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: norhisham.rahmat[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659966 (T)
TEL: 06-7659921 / 7659995 / 7659966 (P)
FAX: 06-7659885

SETIAUSAHA UDUN
SETIAUSAHA
BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

ENCIK MOHD AMIN BIN LUDIN
TINGKAT 5, BLOK C, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: amin[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7623761 (T)
TEL: 06-7659924 / 7659928 (P)
FAX: 06-7647473

KPSU MMK UDUN
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA (MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN)
BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

-KOSONG-
TINGKAT 5, BLOK C, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL:
TEL: 06-7659996 (T)
TEL: 06-7659924 / 7659928 (P)
FAX: 06-7647473

KPSU PROTOKOL
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA
PENGURUSAN MAJLIS RASMI & PROTOKOL

ENCIK ABDULL QUDDUS BIN NORDIN
TINGKAT 4, BLOK C, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: abdull_quddus[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659848 (T)
TEL: 06-7659001 / 7659840 (P)
FAX: 06-7627339

KPSU KORPORAT
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA
KORPORAT, INOVASI DAN KUALITI

PUAN ISNIZAWATI BINTI MUHAMMAD KHAIRUDIN
TINGKAT 4, BLOK D, WISMA NEGERI,
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: isnizawati[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659024 (T)
TEL: 06-7659052 / 7659081 (P)
FAX: 06-7617386

Ketua Audit Dalam
KETUA AUDIT
AUDIT DALAM

~KOSONG~
TINGKAT B1, DEWAN UNDANGAN NEGERI SEMBILAN,
70503, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL:
TEL: 06-7659033 (T)
TEL: 06-7659036 (P)
FAX: 06-7639695

KETUA UNIT
UNIT INTEGRITI

PUAN NOOR SYALIHAH BINTI SIDEK
TINGKAT 5, BLOK A, WISMA NEGERI,
70503, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: syalihah[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7659020 (T)
TEL: 06-7659017 (P)
FAX: 06-7634043

Pengurus Besar LPNS
PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN

~KOSONG~
TINGKAT BAWAH, BANGUNAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN,
JALAN YAM TUAN, 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL:
TEL: 06-7659725 (T)
TEL: 06-7659725 / 7659734 (P)
FAX: 06-7653390

KETUA_UNIT_UPANS
KETUA UNIT
UNIT PENGADUAN AWAM NEGERI SEMBILAN

ENCIK ANUWAR BIN YAAKOB
LOT L1.21, TINGKAT SATU,
UTC NEGERI SEMBILAN@ANGSANA SEREMBAN,
JALAN KUALA PILAH, AMPANGAN,
70400, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

EMEL: anuwar[at]ns[dot]gov[dot]my, upans[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7604011 (T)
TEL: 06-7604012 (P)
FAX: 06-7604339

SEKRETARIAT MALAYSIAN VISION VALLEY
Ketua Sekratariat MVV
KETUA SEKRETARIAT
MALAYSIAN VISION VALLEY (MVV)

ENCIK AB. RAHIM BIN AB. RAHMAN
TINGKAT 18, MENARA MAINS,
JALAN TAMAN BUNGA,
70100, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

EMEL: abrahim[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-7618408 (T)
TEL: 06-7618409 / 7618407(P)
FAX: 06-7618410

Wakil Pekerja

PENGERUSI

PENGERUSI

ENCIK AHMANSAH BIN AHMAD
UNIT DEWAN UNDANGAN NEGERI
SKIM : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK / PENOLONG SETIAUSAHA KERAJAAN, (GRED M44)
EMEL : ahmansah[at]ns[dot]gov[dot]my

NAIB PENGERUSI

PUAN NOOR AISHAHTUN BINTI IBRAHIM
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI
SKIM : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK / PENOLONG SETIAUSAHA KERAJAAN, (GRED M44)
EMEL : aishahtun[at]ns[dot]gov[dot]my

SETIAUSAHA

SETIAUSAHA

PUAN NURKHAIRUN NISA BINTI MOKHTAR
UNIT PERUMAHAN
SKIM : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK / PENOLONG SETIAUSAHA KERAJAAN, (GRED M44)
EMEL : nisa[at]ns[dot]gov[dot]my

AHLI-AHLI
ENCIK SHAIFUL BAHRIN BIN BAHARUDIN
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI
SKIM : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK / PENOLONG SETIAUSAHA KERAJAAN, (GRED M44)
EMEL : shaifulbahrin[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
ENCIK AHMAD HAZRY BIN MOHAMAD SABERE
UNIT PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
SKIM : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT, (GRED F41/F44)
EMEL : hazry[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
PUAN ZAHRAH BINTI MEON
MAJLIS SUKAN NEGERI
SKIM : PEGAWAI BELIA DAN SUKAN, (GRED S41/S44)
EMEL : zahrah.meon[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
ENCIK NIK ZAMZURAIDI BIN MOHD NOR
UNIT AUDIT DALAM
SKIM : KEWANGAN/JURUAUDIT (GRED W44)
EMEL : zamzuraidi[at]ns[dot]gov[dot]my



PENGERUSI
PUAN NOORZAKIAHANUM BINTI ABD RAHMAN
UNIT INTEGRITI
SKIM : PENOLONG PEGAWAI TADBIR, (GRED N29/32/36)
EMEL : zakiahanum[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
PUAN MUNIRA BINTI AZIZ
BADAN KAWAL SELIA AIR
SKIM : PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG, (GRED L29/L32)
EMEL : munira[at]ns[dot]gov[dot]my


PUAN NORSAKINA BINTI TERAMUJI
PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA (PENGURUSAN)
SKIM : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT, (GRED N29/N30/29/28)
EMEL : norsakina[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
ENCIK MOHAMAD SHAHRIL BIN MOHD HANIFF
UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN ASET
SKIM : PENOLONG JURUTERA, (GRED JA29/30/JA36)
EMEL : mohdshahril[at]ns[dot]gov[dot]my


ENCIK MOHD YUSRI BIN MD YUSOF
UNIT PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
SKIM : PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (F32)
EMEL : yusri[at]ns[dot]gov[dot]my


PUAN RUSNANI BINTI MUSTAFA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
SKIM : KETUA PEMBANTU TADBIR (P/O) (GRED N19/N22/N26)
EMEL : nani[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
ENCIK AZHAR BIN AZIZ
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
SKIM : PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)
EMEL : azhar.aziz[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
ENCIK JEGAN A/L RAMALINGAM
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
SKIM : PEMBANTU OPERASI/PENGHANTAR NOTIS (N14)
EMEL : jegan[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
ENCIK ROZLAN BIN ABU BAKAR
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
SKIM : PEMANDU KENDERAAN (H11/H14)
EMEL : rozlan[at]ns[dot]gov[dot]my


AHLI
ENCIK AMER HAMZAH BIN TAHA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
SKIM : PEMBANTU AWAM (H11/H14)


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus