Adat Perpatih

Adat Perpatih adalah amalan hidup yang jauh lebih lama daripada Common Law yang hanya bermula sekitar tahun 1066 Masihi. Adat ini berasal dari Alam Minangkabau. Adat Perpatih telah dibawa dan diterima pakai di Negeri Sembilan oleh para perantau yang mula meneroka wilayah ini sekitar abad ke-12. Walaupun Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat pedalaman Negeri Sembilan telah melalui proses pengubahsuaian, namun dasar adat ini masih kekal iaitu menjuraikan keturunan berdasarkan sistem nasab ibu atau matrilineal.

Adat Alam Minangkabau telah melalui tiga bentuk perkembangan utama iaitu Undang-undang Nan Tigo, Adat Tarik Baleh dan Adat Tuah Disakato susunan Datuk Perpatih Nan Sebatang. Kesan perkembangan ini telah mewujudkan dua (2) sistem nasab iaitu:

    1. nasab bapa (patrilineal) yang dikaitkan dengan Datuk Ketemenggungan.
    2. nasab ibu (matrilineal) yang dikaitan dengan Datuk Perpatih Nan Sebatang

Berikutan dengan kewujudan dua (2) sistem ini, wujud konsep Laras Nan Dua iaitu Bodi-Cianago dan Kota-Piliang di Minangkabau. Melalui pemuafakatan antara kedua-dua orang pemimpin ini yang ditandai dengan batu batikam dan batu baling, dua (2) sistem (nasab ibu dan nasab bapa) telah menjadi satu Adat Tuah Disakato. Penggabungan dua sistem menjadi satu yang digunakan sehingga kini dikenali sebagai Adat Alam Minangkabau.

Di Negeri Sembilan, kedua-dua laras ini digabungkan menjadi satu Adat Perpatih, Adat Perpatih Negeri Sembilan adalah variasi adat Alam Minangkabau, Adat Perpatih melestari kehidupan masyarakat tempatan melalui prinsip kerukunan hidup termasuk konsep dan amalan budi, undang-undang, perlembagaan, kuasa adat, kepentingan hartanah, kekeluargaan, alam semula jadi dan aspek-aspek kehidupan yang lain.

Adat Perpatih adalah satu sistem kemasyarakatan yang lengkap. Sistem ini tidak statik, tetapi dinamik kerana memberi ruang, peluang dan peraturan untuk mengubahnya mengikut masa, keadaan dan zaman. Kedinamikan adat ini termaktub dalam perlembagaannya yang dipaparkan dalam bentuk puisi.

‘Baik diterima dek muafakat,

Buruk ditolak dek rundingan,

Tak ada yang keruh yang tak jernih,

Tak ada yang kusut yang tak selesai.


Usang-usang diperbaharui,

Lapuk-lapik dikajangi.


Sekali air bah,

Sekali tebing berubah,

Sekali raja mangkat,

Sekali adat beralih,

Sekali tahun beredar,

Sekali musim bertukar.’

 

Institusi Kepimpinan Dalam Masyarakat Adat Perpatih

Masyarakat Adat Perpatih dibahagikan kepada beberapa kelompok kekeluargaan iaitu suku yang dipecahkan kepada kelompok Perut, diikuti oleh kelompok ruang dan yang paling kecil adalah kelompok kekeluargaan rumpun. Setiap kelompok ini mempunyai pemimpinnya tersendiri:

    1. Kodim iaitu ketua kelompok kekeluargaan rumpun (sublineage)
    2. Besar iaitu ketua kelompok kekeluargaan ruang (lineage)
    3. Buapak - ketua kelompok kekeluargaan perut (subclan)
    4. Lembaga iaitu ketua kelompok kekeluargaan suku (clan).












Suku-suku di Negeri Sembilan

Biduanda Paya Kumboh Tanah Datar
Batu Hampar Tiga Nenek Anak Acheh
Mungkal Sri Melenggang Anak Melaka
Sri Lemak Batu Belang Tiga Batu

Pautan Agensi

sort

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

2

  • SUK Johor
  • SUK Kedah
  • SUK Kelantan
  • SUK Melaka
  • SUK Pahang
  • SUK Penang
  • SUK Perak
  • SUK Perlis
  • SUK Sabah
  • SUK Sarawak
  • SUK Selangor
  • SUK Terengganu

Capaian Terus

sort

  • Announcement
  • GuestBook
  • Publishing
  • SmartApp
  • Charter
  • Open Data
  • Gallery
  • Archive
 
 
Facebook
YouTube
Mobile
RSS
Statistic
Email