"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkahlaku dan akal budinya"
"Kejayaan yang tulen dan bermakna seumpama tangga. Kita mesti memanjat anak-anak tangganya satu persatu supaya kita bisa mengukur dan menghargai tinggi rendah dunia"
"Bukankah lebih baik sekiranya dinyalakan lilin atau pelita, daripada menyalahkan kegelapan serta-merta?"
"Seseorang yang berhikmah akan membuat keputusan, seorang yang bebal hanya mengikut pendapat orang lain"
"Sekiranya kata-kata diperbuat daripada perak, maka senyap itu diperbuat daripada emas"
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"