PDF Print E-mail

Soalan Lazim

1.   Bagaimana saya boleh mendapatkan khidmat nasihat untuk mengusahakan tanah yang terbiar? 

Pihak tuan boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian Negeri berdekatan dengan tanah terbiar yang dimaksudkan. Pegawai Pertanian di pejabat tersebut boleh memberi khidmat nasihat untuk memajukan tanah terbiar termasuk maklumat tentang kesesuaian tanah, pemilihan jenis tanaman dan kaedah-kaedah menanam dan menjaga tanaman yang diusahakan. Perkhidmatan pengembangan juga boleh diperolehi. Sila layari laman web rasmi Jabatan Pertanian N.Sembilan .


2. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat untuk penanaman cendawan? 

Pihak Jabatan mengadakan kursus untuk memberi maklumat mengenai penanaman ini.Jika berminat bolehlah menghubungi En Mohammad Ali Bin Juraimi di bahagian Latihan Petani untuk maklumat lanjut.  


 

 3. Di manakah saya boleh mendapatkan pinjaman untuk pertanian?     

  

Bank Pertanian Malaysia menawarkan kemudahan kredit yang menarik dalam semua aspek untuk memoden dan membangunkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan di dalam negara. Sila layari laman web rasmi Bank Pertanian Malaysia: http://www.bpm.com.my/     

 

 

4.  Bagaimanakah saya hendak menyertai kursus-kursus jangka pendek dalam bidang pertanian?  

        

Maklumat mengenai kursus-kursus jangka pendek yang disediakan untuk orang awam boleh diperolehi di Jabatan Pertanian Negeri atau Daerah yang berhampiran. Jadual boleh di muatturun dari laman web jabatan.  

 

Masa

 

Info Terkini

 


Pelawaan mengusahakan projek pertanian
(buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain tanaman makanan)
dibawah Projek Pembangunan Tanah Terbiar di Negeri Sembilan.
klik disini untuk keterangan lanjut.
 
Pemberitahuan :
Pemansuhan penggunaan surat kebenaran pembelian racun makhluk perosak 
Borang permohonan kursus boleh dimuat turun di bahagian muatturun borang

 

Galeri Aktiviti

Joomla extensions and Joomla templates by JoomlaShine.com

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register