spacer

w3c-icon.png
Carian
JAM
MENU UTAMA
LAMAN UTAMA
Pengenalan
Muzium Negeri
MDRSM
Teratak Za'ba
MRRIRM
Antikuiti
Muat Turun
PENGENALAN
Latar Belakang
Piagam Pelanggan
Lembaga Pengarah
Carta Organisasi
RANGKAIAN
Portal SUK
Muzium Malaysia
Adat Perpatih
Tourism NS
HUBUNGI KAMI
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
No Tel :
06-7631149
06-7643230

No Fax:
06-7615355

Email :
muziumn9@yahoo.com/
muziumn99@gmail.com

Pautan Agensi




mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday2
 
LAMAN UTAMA arrow MDRSM

Muzium Diraja Seri Menanti Cetak E-mail

seri_menanti.jpg

SEJARAH PENUBUHAN
Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

        Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

       Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.

       Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

       Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

       Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.
ALAMAT:-
Muzium Diraja Seri Menanti
71550 Seri Menanti
Kuala Pilah
Tek / Fax : 06-497 9653

lawatan.jpg
Dikemaskini ( Isnin, 08 Mac 2010 )
spacer
AKTIVITI/PROGRAM


OGOS 2010
new.gif

PAMERAN NEGERI

SEMBILAN "DULU
DAN KINI" SEMPENA
BULAN KEMERDEKAAN

KE 53


BERTEMPAT :
MUZIUM NEGERI
 

 

GALERI PAMERAN

mdrsm.jpg

t.zaba.jpg

muz. negeri.jpg

rembau.jpg

Tetamu Online
Kami ada 2 tetamu online
Perbilangan Adat

Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Adat Bersaudara, Saudara Dipertahankan, Adat Berkampung, Kampung Dipertahankan, Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan, Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan


 
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SOALAN LAZIM
PENAFIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini. Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 7.0, Netscape Ver. 5.0, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum.
spacer