|
Hutan Lipur Di Negeri Sembilan Hutan Lipur memainkan peranan yang penting di dalam sektor eko-pelancongan sejajar dengan tahap pembangunan negara dan peningkatan taraf hidup rakyat. Jabatan telah dapat merancang, menubuh dan menyelenggara kawasan Hutan Lipur yang mapan di dalam menyediakan kemudahan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan masyarakat dunia amnya. Perkembangan kemudahan di Hutan Lipur telah dapat menarik pengunjung tempatan dan luar negara disamping memajukan industri yang berkaitan dengan eko-pelancongan dan menjadikan hutan lipur sebagai satu tarikan yang menarik kepada pelancong dalam negeri dan luar negara. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan khususnya di Negeri Sembilan bagi mencapai tahap KDNK sehingga 30 peratus bagi sektor ini, pihak Jabatan Perhutanan Negeri telah membangunkan 11 unit kawasan Hutan Lipur. Setiap Hutan Lipur ini mempunyai keistimewannya yang tersendiri dan ia dijangka dapat menarik pengunjung ke tempat tersebut pada bila-bila masa. Apa yang penting kepada pengunjung hutan lipur, sila pastikan keselamatan anda dan keluarga anda sentiasa terpelihara. Apa jua kelalaian yang terjadi semasa bersukaria dan memasuki ke kawasan yang tidak dibenarkan di hutan lipur, ia boleh mengundang bahaya kepada anda. Oleh yang demikian patuhilah nasihat yang terpampang pada papan-papan tanda peringatan dan juga apa jua nasihat dari petugas-petugas hutan lipur yang menyapa anda. Segala tempahan atau pertanyaan lanjut mengenai Hutan-hutan lipur ini boleh diajukan ke pentadbiran Pejabat Hutan Daerah yang berkaitan.
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur: Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat: |