Pengenalan
JABATAN PERHUTANAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA, TINGKAT 4 BLOK C, WISMA NEGERI, 70503 SEREMBAN. TELEFON : 06-7659849/9872. FAKS : O6-7623711.
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan Cetak E-mail

UCAPAN ALUAN PENGARAH PERHUTANAN NEGERI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Saya bersyukur kehadrat Illahi atas limpah kurnia dan izinNya, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dapat menyalurkan maklumat terkini dan informatif melalui penggunaan teknologi maklumat dengan terhasilnya laman web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Sejajar dengan misi dan wawasan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah melaksanakan enam program utama iaitu Pengurusan Sumber Hutan, Pembangunan Sumber Hutan, Perhutanan Masyarakat, Pembangunan Tenaga Manusia dan Infrastruktur, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar serta Publisiti dan Pengembangan Maklumat Perhutanan.  Perlaksanaan program-program ini dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan sumber hutan negeri ini diurus secara mampan dan faedahnya dapat dinikmati dan diwarisi oleh generasi akan datang secara berterusan.

Penekanan kepada aspek pemeliharaan alam sekitar dalam operasi pengusahasilan hutan juga telah dipertingkatkan lagi sejajar dengan kehendak Pensijilan hasil kayu-kayan bagi mematuhi kehendak piawaian Malaysian Criteria And Indicator (MC&I) sebagaimana yang disyaratkan oleh International Timber Trade Organization (ITTO)  bagi membolehkan hasil kayu-kayan negara didagangkan diperingkat antarabangsa.  Jabatan telah memperolehi Sijil Pematuhan Kepada MC&I (2002) dan menjadi satu-satunya Jabatan Perhutanan Negeri yang mendapat keputusan tanpa memperolehi kesalahan MAJOR CARs. Jabatan juga sedang dalam proses untuk mendapatkan Sijil MS ISO 9001:2000  setelah sebelum ini memperolehi Sijil MS ISO 9002:1994.

Semoga apa yang dipaparkan di laman web ini sedikit sebanyak akan dapat membantu pengguna di luar sana khasnya kepada masyarakat awam dengan perkhidmatan yang terdapat di pentadbiran ini.

Sekian.

TUAN HJ ROSLAN BIN ARIFFIN

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Dikemaskini ( Friday, 10 October 2008 )
 
Undian Anda
Undian anda terhadap laman web ini
  
Jumlah Pelawat
Bil. Pengunjung Online
Kami ada 1 tetamu online