1. PUNCA KUASA PENUBUHAN CERTNS
2. BIDANG TUGAS
3. KOMPOSISI DAN KELAYAKAN PASUKAN CERTNS
4. MESYUARAT
1.1  KEPERLUAN MELAPORKAN INSIDEN KESELAMATAN ICT 
 
  • Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 Rangka Dasar Keselamatan ICT menetapkan bahawa sebarang insiden Keselamatan ICT yang melibatkan agensi-agensi sektor awam yang mana jelas melanggar dasar keselamatan ICT Kerajaan perlu dilapor kepada MAMPU.
 
  •  Melalui Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam, sebarang insiden keselamatan ICT perlu dilaporkan kepada GCERT, MAMPU.
 1.2  PEKELILING AM BIL 3 TAHUN 2000
   Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan
 
  •  Punca kuasa - Agensi Pusat yang bertanggungjawab ke atas keselamatn ICT Kerajaan adalah MAMPU, JPM.
 
  •  Menjelaskan Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi pertimbangan dan diambil tindakan oleh agensi-agensi Sektor Awam.
 
  •  Merumuskan keperluan penguatkuasaan, kawalan dan langkah-langkah yang menyeluruh untuk melindungi aset ICT Kerajaan.
1.3 PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2001 (4 APRIL 2001)
  Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT
 
  • Menetapkan bahawa semua insiden keselamatan ICT yang berlaku di mana-mana agensi perlu dilaporkan kepada Government Computer Emergency Response Team(GCERT), MAMPU.
 
  • Memberikan panduan bagi mengenal pasti insiden keselamatan ICT yang perlu dilaporkan.
 
  • Menjelaskan kepentingan pelaporan kepada GCERT.
 
  • Menjelaskan tindakan yang perlu diambil untuk melaporkan kepada GCERT.
1.4 SURAT PEKELILING AM BIL. 4 TAHUN 2006 ( 9 NOV 2006)
  Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam
 
  • Memperkemaskan pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT bagi Sektor Awam.
 
  • Menubuhkan CERT Agensi.
 
  • Menyediakan garis panduan dan panduan operasi standard pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT.
 
  • Membantu Agensi menguruskan pengendalian insiden keselamatan ICT di agensi masing-masing dan agensi di bawah kawalannya.
1.5 GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM
  Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam
 
  • Perihal mengenai Insiden dan jenis Insiden Keselamatan ICT.
 
  • Tahap keutamaan Tindakan ke atas Insiden.
 
  • Penubuhan CERT Agensi.
 
  • Tanggungjawab Ketua Jabatan.
 
  • Tanggungjawab CERT Agensi.
 
  • Tanggungjawab GCERT MAMPU.
 
  • Proses Pelaporan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam.
1.6 PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM
  Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam
 
  • Proses Terperinci Dalam Pengendalian Insiden Keselamatan ICT.
 
  • Template Borang IRH1.0 : Laporan Pengendalian Insiden.
 
  • Template Borang IRH 1.1 : Maklum balas Tindakan Susulan Dari Pengendalian Insiden Keselamatan ICT.
 
  • Panduan Komunikasi Pengendalian Insiden Secara Jarak Jauh.
 
  • Template Laporan Analisa Fail Log.
1.7 Surat Penyerahan Fungsi Pengendalian Insiden Government Computer Agency Response Team (GCERT) MAMPU Oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bertarikh 26 Disember 2017.
1.8 Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) ditubuhkan pada 18 Julai 2008.
   
   
 2.1  Menerima dan mengesan aduan keselamatan ICT serta menilai tahap dan jenis insiden;
 2.2  Merekodkan dan menjalankan siasatan awal insiden yang diterima;
 2.3  Menangani tindak balas insiden keselamatan ICT dan mengambil tindakan baik pulih minimum;
 2.4  Menasihati agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan supaya mengambil tindakan pemulihan dan pengukuhan; dan
 2.5  Menyebarkan makluman berkaitan pengukuhan keselamatan ICT kepada semua pegawai di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
   
3.1  Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) bertindak sebagai Pengarah Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS). 
 3.2  Pengurus Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) adalah Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Sektor Operasi dan Rangkaian.
 3.3  Ahli-ahli tetap terdiri daripada Timbalan Pengarah, Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Seksyen Pembangunan & Penyelenggaraan Sistem, Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Seksyen Multimedia, Korporat & Koordinasi ICT, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Operasi & Sokongan Teknikal, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Perancangan Infrastruktur & Rangkaian, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Operasi & Sokongan Teknikal, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Perancangan Infrastruktur & Rangkaian, Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Pejabat Kewangan Negeri Sembilan.
 3.4  Ahli dilantik terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah serta Agensi/Jabatan lain yang dirasakan sesuai.
 3.5  Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) bertindak sebagai Urus Setia Mesyuarat Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS).
   
4.1   Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun atau mengikut keperluan dipengerusikan oleh Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM).
Akta dan Enakmen
Hukuman
Contact Us

Akta dan Enakmen

1
2
  

AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

( Akta 289 )

_____________________________

SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN

_________________________________

 

                                  Seksyen

1 . Tajuk ringkas.
2 . Tafsiran.
3 . Kacau-ganggu.
3A . Judi spesifik tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan.
4 . Kesalahan-kesalahan mengenai rumah perjudian terbuka.
4A . Membantu dalam menjalankan suatu loteri awam.
4B .  Kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan urusan mesin judi.
5 .  Pendahuluan atau menyediakan wang untuk menubuh atau menjalankan.
6 .  Judi di rumah perjudian terbuka.
7 .  Judi di tempat awam.
8 .  Godaan, memajukan atau memudahkan judi di tempat awam.
9 .  Membeli tiket loteri.
10 .  Wang yang telah dibayar boleh dapat kembali.
11 .  Anggapan terhadap orang yang menjual tiket-tiket loteri, dll.
12 .  Penjualan tiket-tiket loteri tak sah.
13 .  Tanggungjawab majikan-majikan dan pengawas-pengawas.
14 .  Tangkapan oleh Majikan
15 .  Kuasa untuk memasuki premis-premis.
15A .  Penutupan premis-premis.
16 .  Waran geledah terhadap premis-premis.
16A .  Pemusnahan mesin-mesin judi yang dirampas.
17 .  Waran memeriksa terhadap orang-orang.
18 . Memasuki dan memeriksa oleh Majistret atau pegawai kanan polis. 


 

4B. Kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan urusan mesin judi [Mas. Akta A1096]

                                     Mana-mana orang yang –

(a) Berurusan atau menjalankan transaksi dalam apa cara jua sekalipun, dengan mana-mana mesin judi atau mana-mana bahagian mesin judi atau apa saja kepentingan atas mana-mana mesin judi atau mana-mana bahagian alat ganti bagi mana-mana mesin judi; atau
(b) Mengimport, mengeluar, memasang, membekal, menjual, mengedar, menggadai, memajak, menyewa, servis     membaiki, mengubah-suai atau merubah-bentuk, atau mengadakan apa-apa kombinasi aktiviti-aktiviti tersebut yang berkaitan dengan mesin judi atau mana-mana bahagian alat-ganti bagi mana-mana mesin judi,

 

 

NEGERI SEMBILAN NO. 4 TAHUN 1998

BAHAGIAN III

PELESENAN

 

6. (1) Tiada seorang pun boleh mengadakan hiburan di mana-mana tempat melainkan jika Pegawai Pelesen telah memberikan –
  (a) suatu lessen untuk mengadakan hiburan itu; dan
  (b) suatu lessen untuk mengadakan hiburan di tempat itu.
     
  (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
     
  (3) Pemunya tempat hiburan di mana hiburan telah dijalankan tanpa lessen adalah melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen(1), melainkan jika pemunya dapat membuktikan kesalahan itu telah dilakukan oleh seseorang yang lain daripada pemunya, atau identity orang yang melakukan kesalahan itu dapat dipastikan.
     
  (4) Pemunya hendaklah memberi apa-apa maklumat dalam tempoh yang dikehedaki oleh seorang pegawai polis atau orang diberikuasa supaya diberitahu tentang identity dan alamat orang yang telah menjalankan hiburan tersebut pada atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan apa-apa maklumat lain yang  dikehendaki oleh pegawai polis atau orang diberikuasa itu.
     
  (5) Mana-mana penduduk yang telah atau yang sepatutnya telah menjaga atau mengawal tempat hiburan tersebut hendaklah, jika dikehendaki seperti tersebut di atas, memberi apa-apa maklumat yang mana adalah dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan orang yang melakukan kesalahan itu dikenali.
     
  (6) Jika adalah dibuktikan bahawa apa-apa perbuatan atau perkara dilakukan oleh atau ditinggal daripada dilakukan oleh mana-mana orang yang menyalahi seksyen

 


 

 

 

Sumber dari Polis Diraja Malaysia

Hukuman

 

AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

( Akta 289 ) 

                                  Hukuman 

  4B. Kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan urusan mesin judi [Mas. Akta A1096]
  Adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan, dikenakan denda tidak kurang dari sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit bagi setiap mesin judi yang dirampas dan hendaklah juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

 

  6. Judi di rumah perjudian terbuka.
(1) Mana-mana orang yang berjudi di sebuah rumah perjudian terbuka adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) Seseorang yang dijumpai dalam sebuah rumah perjudian terbuka atau didapati lari dari sebuah rumah perjudian terbuka semasa rumah itu dimasuki, hendaklah dianggapkan, sehingga sebaliknya dibuktikan bahawa orang itu berjudi di dalamnya.


                            

 


 

 

 

Sumber dari Polis Diraja Malaysia

Contact Us

 

NO TELEFON ADUAN JUDI SIBER DI NEGERI SEMBILAN

Sila Klik Pada Gambar Untuk Membesarkan Imej

Sumber dari Jawatankuasa Pasukan Petugas Perjudian Siber (PPPS) Negeri Sembilan

 Sila Klik Pada Gambar Untuk Membesarkan Imej

Sumber dari Jawatankuasa Pasukan Petugas Perjudian Siber (PPPS) Negeri Sembilan


ADUAN MELALUI EMAIL

nsembilan[at]mkn.gov.my                               

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

State Links

Direct Access

  • Statistic_of_Online_Services